Connect with us

Selebriti

Bercuti Bersama Anak, Puteri Sarah Bawa Diri?

Menerusi ruangan Instagram, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu telah mengundang pelbagai spekulasi di kalangan warganet.

Ada yang beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Kebetulan posting berkenaan pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram.

Perancangan asal pergi bercuti ke pulau

Menurut Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran. Tapi, macam tak sempat”.

Sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak

“Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur. Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak”.

“Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Good morning ☀️

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Tidak ada apa yang saya boleh perkatakan

Memetik laporan Harian Metro, pelakon itu turut ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat. Namun, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan”.

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka. Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Hi 👋🏻 I’m Zulaikha 🥰 . . Baju kurung by @mishaboutiqueofficial ❤️

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Mungkin betul, semua orang tahu dia seorang yang kuat bekerja

Berhubung kenyataan dibuat oleh Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.

“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

Terdahulu, Puteri Sarah telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.