Connect with us

Viral

Berdiri Dalam Hujan Lebat, Lelaki Ini ‘Pening’ Pujuk Tunang Merajuk

Pasangan bercinta dan merajuk memang tak dapat dipisahkan. Biasanya orang perempuan memang kuat merajuk, lebih-lebih lagi dengan orang yang dia paling sayang. Sebelum berkahwin, mahu pun telah berkahwin, sikap ini mesti ada dalam setiap wanita.

Lumrah percintaan sememangnya ada pasang surutnya dan perselisihan faham itu merupakan perkara biasa. Tidak dinafikan, perkara sebeginilah yang membuatkan kita dapat mengenali pasangan dengan lebih dalam.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini ‘pening’ pujuk tunangnya yang berdiri di luar rumah pada waktu hujan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @xxzrd_, lelaki itu menunjukkan kerenah tunangnya yang merajuk gara-gara diusik olehnya sebelum itu.

Dapat kita lihat dia berdiri di bawah pokok pada waktu hujan sambil tangan berpeluk tubuh malah sempat jeling ke arah tunangnya yang kelihatan sangat ‘struggle’ memujuk wanita itu.


Berkali-kali lelaki itu cuba memujuk wanita tersebut namun sedikitpun tidak dilayan malah tetap berada di dalam hujan dan membiarkan dirinya basah tanda protes.

Apa yang lebih melucukan adalah, kedengaran suara lelaki tersebut yang menjerit di hujung video mungkin kerana buntu bagaimana hendak memujuk wanita itu sekaligus terhibur dengan telatah tunang tercinta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berdekah melihat telatah wanita tersebut apatah lagi melihat mulutnya yang muncung kerana merajuk itu.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang menyifatkan perkara tersebut adalah normal apatah lagi jika terjadi pada kaum hawa.

Antara komen warga maya:
“Haha comel ah dia merajuk.”

“Tu sebab takde kilat je kalau ada kilat mahunya masuk terus.”


“Kalau guruh mesti masuk punya.”

“Yang ni lawak.. stress sangat last tu..”

Video yang tular di laman TikTok:

@xxzrd_ Melawak sikit teruihh buat prngai🥰mau tak strees guni #fyp #fypシ #caltexunstoppablestar ♬ Terhangat Di Pasaran – Kru

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.