Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.
Namun begitu, tiada siapa mampu melawan takdir. Ada pasangan yang harus menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan cahaya mata.
Apa yang menyedihkan adalah stigma masyarakat yang sering bertanyakan soal zuriat kepada mereka yang masih belum dikurniakan rezeki.
Lelaki juga berisiko menghadapi masalah seperti wanita dalam proses kehamilan
Pastinya soalan tersebut sedikit sebanyak mengguris hati mereka dan kebiasannya masyarakat akan menunding jari dan beranggap masalah ini berpunca dari wanita.
Sebenarnya, isu kegagalan hamil ini sebenarnya bukanlah semata-mata berpunca daripada kelemahan wanita, malah sebaliknya lelaki juga berisiko akan menghidapi masalah yang hampir serupa.
Setelah 5 tahun berkahwin, inilah kali pertama suami jalani ujian air mani
Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai Dr Ahmad, beliau menerangkan serba sedikit mengenai masalah tersebut.
Dia rupanya ada Azoospermia
“Hanya selepas 5 tahun berkahwin, inilah kali pertama suami berumur 33 tahun menjalani ujian air mani”.
“Dia rupanya ada ‘Azoospermia’ iaitu air mani tanpa satu pun sperma. Bila saya maklumkan kepadanya, kelihatan bergenang air mata isterinya”.
Fertiliti bukanlah untuk cari salah siapa
“Dapat saya rasakan, beratnya beban perasaan seorang isteri perlu tanggung. Fertiliti bukanlah untuk cari salah siapa”.
“Akan tetapi, fertiliti untuk cari solusi dan iktiar. Apa-apa pun rezeki semua tetap datang dari Tuhan”.
Perlu disiasat apa puncanya
Selain itu, Dr. Ahmad turut menjelaskan, tindakan susulan bagi masalah ini adalah bergantung pada keadaan testis (zakar) itu sendiri.
“Perlu disiasat apa puncanya air mani tanpa benih sperma. Sama ada tersumbat, masalah hormon lelaki atau kerosakan pada testis itu sendiri yang gagal menghasilkan sperma”.
Selama 5 tahun isterinya kena sabar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai isu tersebut.
Semoga Allah memudahkan urusan zuriat untuk mereka
Malah, mereka turut mendoakan semoga pasangan ini dikurniakan rezeki dan memberikan kata-kata semangat kepada pasangan ini.
Semoga pasangan ini tidak berputus asa dan terus berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri suatu hari nanti.