Setiap daripada kita mempunyai pandangan yang masing-masing. Pun begitu, pandangan yang berbeza bukan bermaksud kedua-duanya bercanggah.
Adakalanya, pandangan tersebut mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Sama juga dengan satu perkongsian yang dikongsikan oleh seornag pengguna Facebook iaitu Zeeda Aziz, diman beliau yang memilih retirement home atau rumah orang-orang tua dan bukan duduk di rumah sendiri mencuri perhatian ramai.
“Tadi saya berbincang dgn suami tentang retirement plan. Dah tua² nanti, saya nak lepak kat retirement home ja. Ambil 1 bilik 2 orang. Tu pun kalau dia nak la. Nampaknya suami saya pun berfikiran yg sama.”
Menerusi perkongsian tersebut, fokus utama wanita ini adalah beliau dan suami tidak mahu menyusahkan serta menjadi beban tambahan kepada anak-anak kerana mereka akan keluar bekerja, bina kehidupan dan ada keluarga sendiri yang perlu dijaga.
“Sebab kami tak nak menyusahkan anak². Mereka akan keluar bekerja, bina kehidupan sendiri dan ada keluarga yg perlu dijaga. Jadi kami tak nak menjadi beban tambahan yg perlu digalas oleh anak².”
“Kami dah melihat sendiri bagaimana orang² tua yg terdekat dgn kami, dilayan seperti baju raya lama. Nak pakai..tak muat. Nak dibuang, sayang.”
“Jadi tersorok lah dalam almari yg gelap tanpa fungsi kecuali jadi bahan bebelan…”Ahhh almari dah penuh! Nak letak baju pun tak muat!”
“Anak² tak perlu pikul tanggungjawab menjaga kita apabila tua kelak. Kita bertanggungjawab mencari aset/harta yg cukup supaya dapat biaya kos rawatan dan penempatan di rumah pencen berbayar.” katanya.
Beliau yang merupakan seorang bekas pesakit kanser tulang dan juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) juga menjelaskan semua anak beliau sejak dari kecil lagi telah dididik supaya membantu beliau untuk menguruskan diri setiap kali beliau jatuh sakit.
Siapa sangka, perkongsiannya meraih pelbagai pandangan baik dan juga sebaliknya. Ada juga yang mengatakan bahawa wanita ini sengaja tidak mahu memberikan annaknya pahala untuk menjaga dia dan suami.
Bagaimana pun, wanita ini tampil sekali lagi membuat hantaran kedua keesokan harinya bagi menjelaskan lagi pendirian beliau tersebut.
Malah dia juga terpaksa menutup ruanagan komen untuk topik tersebut atas sebab-sebab tertentu dan memohon sesiapa yang masih ingin memberi maklum balas agar menggantikannya dengan sedekah selawat dan Al-Fatihah buat arwah opahnya, Fatimah binti Ngah Kassim yang baru sahaja meninggal dunia petang kelmarin.
Berikut merupakan perkongsian nya di laman Facebook: