Sebelum menonton sesuatu drama ataupun filem kita sering kali rasa was-was ingin menonton kerana risau akan kecewa dengan harapan yang tinggi terhadap cerita tersebut. Siapa tidak kenal Zhafvlog, seorang pengulas filem yang sentiasa keluarkan ulasan filemnya di YouTube Pure Pixels ini didakwa bakal disaman selepas mengulas filem “Gadis Jolobu”.
Penerbit filem “Gadis Jolobu” difahamkan terguris dengan kritikan yang diberikan oleh ciapan Zhafvlog di laman Twitternya.
Filem Gadis Jolobu ini mengetengahkan dialek Negeri Sembilan dan dibintangi oleh barisan pelakon dan selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta bintang baharu, Ahirine Ahirudin.
Menerusi ciapan Zhafvlog, dia menilai filem tersebut sebagai ‘5/5 infinity shit’.
“Buek malu orang nismilan yo, plot takdo, lawak takdo, apo? muzikal? Kepala ayah kau! Apo bingai bona director pilem ni? Nasihat den boronti yolah buek pilem, membazir duit sponsor yo! Gambar kemain lawa, cerito eh hauk!
“Den dah lamo tak marah2 nengok filem ni hah, boto2 mencabar kesabaran den filem ni. Dah la lawak lucah buek malu yo ditunjuk2 eh bontot tu, apo la bangang bona, takkan takdo sorang pun yg tegur bondo ni??? Ya Allah ya tuhan ku, ekau boronti yo lah buek filem!” tulis Zhaf.
Memetik laporan Berita Harian, Saraleana berkata dia sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap YouTuber yang mengkritik Gadis Jolobu.
“Saya tidak tahu siapa YouTuber ini? Adakah mempunyai kelayakan mengkritik filem? Kalau YouTuber ini pengkritik filem berkelayakan dan ada ilmu perfileman, saya mungkin boleh mempertimbangkan kritikan diberikan.
“Tetapi, lontaran bahasanya bukan cerdik pandai seperti pengkritik filem. Jadi, saya dan CL Hor juga mempunyai hak mempertahankan maruah dan karya dihasilkan. Saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman. Tunggu surat saman akan sampai, tidak lama lagi,” katanya kepada BH Online.
Menurut penerbit Gadis Jolobu itu, dia bukan tidak boleh menerima kritikan tetapi seharusnya mempunyai tutur bicara dan sopan agar tidak menyingung perasaan seseorang individu lebih -lebih lagi penerbit yang mengeluarakan ratusan juta untuk menghasilkan sesebuah filem.
“Saya mungkin penerbit baharu, tetapi saya tidak terasa disebabkan mempunyai sokongan kuat. Cuma, saya risaukan penerbit baharu yang mungkin tiada sokongan seperti saya. “Saya percaya pasti ada yang luntur semangat apabila filem menjadi mangsa kritikan. Adakah YouTuber ini layak memberi kritikan filem dengan bahasa tidak beradab seperti ini?” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Ada yang ‘backup’ pengarah namun kebanyakkan warga netizen mempersoalkan tentang hak bersuara penonton.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular: