Tabiat merokok sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sesetengah lelaki. Namun, ianya jelas membazir dan menjejaskan kesihatan.
Malah ada juga individu yang merupakan perokok tegar akan demam jika berhenti merokok secara mengejut.
Bukan mudah untuk menghentikan tabiat yang sudah seperti rutin harian ini sehinggakan ada yang perlu ke pakar untuk mendapatkan tips.
Lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki tekad untuk berhenti rokok demi anaknya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang lelaki di Taiwan, Beliau menceritakan secara terperinci tentang bagaimana beliau berhenti merokok dan menyimpan ‘duit rokok’ itu untuk membawa keluarganya melancong.
Difahamkan, dia nekad melakukan perkara tersebut demi persekitaran yang baik buat anaknya dan menjadikan dirinya lebih sihat.
“Saya mula meletakkan semua wang yang sepatutnya saya gunakan untuk rokok ke dalam sebuah kotak. Saya akan letak TWD50 (kira-kira RM6.60) ke dalam kotak setiap kali saya ingin membeli rokok. Akhirnya, menabung TWD50 ke dalam kotak sudah menjadi tabiat,” tulisnya seperti yang dilapor oleh sumber.
Sehingga kini, lelaki berkenaan berjaya menyimpan sekitar TWD60,000 hingga TWD80,000 (RM8,000 hingga RM10,000)
Bukan hanya memiliki kehidupan yang lebih sihat namun dia juga berjaya membawa isteri dan anak pergi melancong ke luar negara.
Walaupun kesemua duit itu dilaburkan untuk bercuti namun dia tetap gembira dengan kehidupan yang lebih baik.
“Sudah lama saya tidak merokok malah sekarang, apabila saya terhidu asap rokok, saya akan pergi jauh dari situ,” tulisnya lagi.
Fuhh terbaik! So yang mana masih mengisap rokok tu, cuba korang bayangkan duit rokok yang korang habiskan tu kalau simpan selama setahun, berapa banyaklah agaknya kan?