Menjaga anak yang masih kecil bukan lah satu perkara yang mudah apatah lagi bila berkahwin awal dan bergelar ibu pada usia yang masih muda.
Tentunya kurang pengalaman dan banyak yang perlu dipelajari tambah-tambah lagi jika ianya merupakan anak pertama.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis yang masih bersekolah tertidur di dalam kelas gara-gara keletihan berjaga malam menjaga anak mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @leaarissaa, difahamkan dia perlu menahan rasa mengantuk walaupun perlu ke sekolah pada esok hari demi menjaga anak perempuannya yang masih berusia 3 bulan.
Dia juga sempat berkongsi beberapa buah foto dimana memaparkan dia berada di sebelah anaknya yang sedang tidur bahkan dapat kita lihat reaksi mukanya yang kepenatan dan matanya yang agak sembab.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui menjaga anak dalam masa yang sama menimba ilmu bukanlah satu perkara yang mudah namun netizen bangga dengan semangat gadis ini yang masih ingin bersekolah walaupun sibuk membesarkan anak.
Pelbagai reaksi yang sapat kita lihat di kalangan warga maya malah ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat wanita ini agar terus cekal menguruskan cahaya matanya.
Berikut merupakan komen warga maya:
“kesungguhan awak nak pergi sekolah ni patut dicontohi tau! proud of you girl! dah ada nak still nak belajar, Goodluck! anak mesti bangga nanti”
“yang suri rumah jaga anak pun penat macam naik bukit.. can’t imagine your letih lagi2 kena pergi sekolah..”
“okay lah tu dik sekolah bukan penat sangat.. yang siang bekerja berkerah tulang, balik malam berjaga jaga anak lagi”