[VIDEO] Budak Jadi Maskot, Berjalan 10km Setiap Hari Demi Cari Rezeki Buat Keluarga
Demi sesuap nasi dan kelangsungan hidup, ada segelintir dari kita terpaksa melupakan keseronokan zaman kanak-kanak demi membantu keluarga mencari rezeki.
Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Rehan yang terpaksa berkorban masa bermain bersama rakan-rakan dan rela memakai kostum maskot di jalanan.
Rehan sanggup berjalan sejauh 10 kilometer setiap hari dan demi mencari rezeki untuk dibawa pulang.
Kehidupan seharian sebagai penghibur jalanan
Menerusi laman Instagram, @rhmadii_atau Rahmadi berkongsi mengenai kisah Rehan dan menceritakan kehidupan seharian sebagai penghibur jalanan.
Bangun seawal pagi untuk hiburkan orang awam di pinggir jalan
Difahamkan, budak tersebut perlu bangun seawal pagi bagi menghiburkan orang awam di pinggir jalan sekitar daerah Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan.
Ketika usia yang begitu muda, keputusan menjadi maskot dilakukan selepas mengambil kira faktor ekonomi bagi memenuhi keperluan harian keluarganya.
Tampil dengan beberapa pilihan kostum kartun terkenal
Malah, Rehan juga tampil dengan beberapa pilihan kostum watak-watak kartun terkenal seperti Dora the Explorer, Upin & Ipin serta Spongebob Squarepants.
Diharap Rehan dipermudahkan rezeki demi membantu menyara keluarga. Semoga anak kecil ini tabah dan cekal meneruskan kehidupan.