Siapa tidak kenal dengan Datuk M Nasir yang juga merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Singapura yang menetap di Malaysia ni kan?

Seperti yang kita tahu, ramai broadcast journalist yang cakap akui paling susah untuk interview Datuk M Nasir kerana dia hanya reply sikit dan ringkas.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini apabila seorang interviewer berjaya membuatkan Datuk M Nasir menjawab dengan lebih panjang lebar mengenai latar belakang keluarga bersama maksud lagunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, lelaki tersebut memuji setiap rangkap ayat yang ada di dalam lagu Datuk M Nasir yang turut mempunyai kaitan dengan keagamaan. Namun ramai pendengar yang seakan tidak sedar akan maksud tersirat tersebut tetapi tetap menyukai lagu-lagunya.
Menurutnya, Dato’ M Nasir adalah seorang yang genius kerana berjaya membuatkan pendengarnya tidak menganggap lagu-lagunya sebagai nasyid walaupun mempunyai mesej dakwah.

Tertarik dengan soalan berilmiah yang diajukan oleh pemuda itu, Dato’ M Nasir kemudian menjawab dengan lebih panjang lebar termasuklah berkongsi tentang kehidupan peribadinya dan latar belakang keluarganya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan cara sopan dan soalan bernas daripada pemuda berkenaan sehinggakan Datuk M Nasir dapat menjawab soalan tersebut dengan panjang.
Bukan itu sahaja, netizen juga ‘salute’ dengan kajian yang dilakukan oleh pemuda ini mengenai setiap rangkap ayat dalam lagu yang didendangkan oleh Datuk M Nasir.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: