Walaupun Huawei muncul agak lewat di dalam industri telefon pintar, ianya tidak menjadi alasan untuk memotong syarikat gergasi Apple.
Huawei kini berjaya mengatasi Apple di tangga ke-2 bagi pasaran telefon pintar untuk suku pertama tahun 2019.
Menurut Bloomberg, laporan suku pertama 2019 IDC juga menunjukkan Huawei semakin bergerak lebih dekat dengan cita-cita yang tersirat untuk menggantikan Samsung di kedudukan teratas pasaran.
Jumlah pengguna di China dan India yang tinggi di samping penawaran teknologi yang inovatif dikatakan antara faktor yang membuatkan jenama ini terus meningkat naik.
Malah, bagi pasaran Malaysia juga dapat dilihat ramai peminat Android sudah memilih Huawei sebagai telefon pintar flagship pilihan.
Bagi peminat telefon pintar Apple, nantikan kemunculan iPhone XI yang dikhabarkan akan dilancarkan bulan September nanti dengan ‘inovasi’ terbaru.