Connect with us

Viral

[VIDEO] 10 Tahun Berpisah & Hampir Kahwin Lain, Pasangan Ini Akhirnya Berjodoh Kembali

Kalau dah jodoh tak kemana. Benarlah orang kata, walaupun sudah lama terpisah, jika memang sudah tertulis dia adalah jodoh kita, pasti akan bertemu jua.

Sama seperti yang dilalui oleh pasangan merpati dua sejoli ini apabila mereka disatukan kembali sebagai suami isteri setelah berpisah sejak 10 tahun lalu.

Khabar gembira ini dikongsikan oleh Arnie Yusoff menerusi beberapa video yang dimuatnaik di akaun TikToknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arnie Yusoff (@arnie_yusoff)

Menerusi video tersebut, wanita ini memberitahu dia dan suami telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 namun hubungan mereka hanya bertahan selama setahun lebih sahaja.

“Belajar untuk saling melengkapi.. InshaaAllah halal itu lebih indah untuk ke arahNya. Aturan Allah SWT lebih baik dari apa yg kita rancang.

“Tak dijangka dek akal, tapi yakin dgn kuasa Allah SWT.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arnie Yusoff (@arnie_yusoff)

Pasangan ini yang dikurniakan seorang cahaya mata lelaki kemudian membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2011.

Namun siapa sangka, selepas 10 tahun mereka berpisah, dengan kuasa Allah SWT, pasangan ini disatukan kembali sebagai suami isteri.

Tanggal 20 Mac 2021 menjadi tarikh yang sangat bersejarah buat Arnie Yusoff, suami dan anak mereka, Adly. Wanita ini mengakui sepanjang tempoh mereka berpisah, dia dan suami hampir berkahwin lain tetapi perancangan Allah SWT itu jauh lebih indah.

“Allah ganti setiap air mata dengan sesuatu yang tidak ternilai. Berbahagialah anakku. We love you so much.

“Selepas 10 tahun berpisah, ibu kembalikan ayah awak. Berbahagialah sayang.”

@arnieyusoffSelepas 10 tahun, kami bersatu kembali.. kuasa Allah SWT 🤲🏻♬ Cinta Luar Biasa – Andmesh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan perkahwinan yang terbina.

Bahkan ramai juga ada di antara mereka yang terharu dan sebak melihat kebahagiaan keluarga kecil ini selain berharap agar jodoh pasangan ini berpanjangan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.