“Berjurai air mata bini” Dr Say ‘Terduduk’ Bil Bersalin Cecah RM20 Ribu, Ini Punca Sebenar
Selebriti popular, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin baru saja menerima kehadiran cahaya mata pertama bersama isterinya pada 5 Mei yang lepas.
Bagaimanapun Dr Say terkejut apabila mendapati jumlah bil hospital isterinya yang baru diterima semalam sangat tinggi
Dr. Say hampir terduduk apabila mendapati bil yang dikenakan mencecah RM20,000.
Pada mulanya Dr. Say membuat anggaran bil hospital sepatutnya dalam lingkungan RM10,000 hingga RM15,000 sahaja.
Isterinya juga terkejut dan mengalirkan air mata kerana merasakan semua itu salahnya yang menyebabkan jumlah bil tersebut telalu banyak.
Dr. Say terpaksa menenangkan isterinya itu dengan mengatakan Rm20,000 inilah dia berjaya melahirkan anaknya dengan selamat.
“Setelah 4 hari warded, harini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesarr, saya boleh agak-agak kosnya dalam RM10k-15k.
“Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnye bang. RM20k total.
“Saya jadi resah memikirkan bgaimana saya nk sampaikan nombor kepala 2 ni kepada bini.
“Bini start push tanya berape bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampikan berita nombor kepala 2 tu kepadanya.
“Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan dia tak dapat melahirkan baby kami dengan cara normal.
“Saya tenangkan bini “unny cube fikir balik, dengan 20k ni lah u berjaya gave birth to something yang teramat mustahil untuk kite dapatkan.
“Moreover cube you bayangkan couples yang trying to get baby, buat IVF easily dah cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok. Biniku berjaya ditenangkan,”
Dr. Say juga berpendapat duit boleh dicari tetapi kebahagiaan tidak boleh ditukar ganti dan sangat berharga.
Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan salah faham netizen, Dr Say menerangkan terlebih dahulu sebab dan punca dia memilih hospital swasta.
“Mungkin ade yang berfikir, “tula siapa suruh bersalin SJMC, tu hospital orang-orang berada sahaja tu” tapi given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) dan komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was the right place.
“Parents saya selalu pesan, “don’t be a slave for money, cause money sentiasa boleh dicari” dan betul ape kata parents saya, lepas kelahiran baby, rezeki datang bersilih ganti.
“Ingat peeps, jangan sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?”
Boleh dikatakan semua pengikut Instagramnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Say.
Mereka juga meninggalkan komen dengan mendoakan keluarga Dr Say sentiasa dilimpahi rezeki.