Connect with us

Semasa

Berkali-kali Masuk Penjara, Bekas Gengster Peluk Islam Selepas Diajak Solat Oleh Seorang Lelaki

Ramai yang mendapat hidayah Allah dalam pelbagai bentuk dan cara. Lain pula dengan kisah seorang lelaki yang memeluk islam selepas diajak menunaikan solat walaupun bukan Muslim pada ketika itu.

Kisah yang dikongsi bersama ini dipetik dari Harian Metro mengenai seorang gengster yang mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam.

Seorang lelaku bernama Chee Yin Wei, 38, yang tinggal di Taman Derga Jaya di Alor Setar memanjatkan kesyukuran kerana diberikan hidayah untuknya memeluk Islam.

Menurutnya selepas memeluk Islam, kini kehidupannya lebih tenang dan dia telah meninggalkan kehidupan lamanya.

Ujarnya lagi, tidak pernah terlintas untuk dia memeluk Islam. Namun, semuanya berubah apabila dia menceritakan masalahnya kepada seorang rakan yang dikenali sebagai Adam.

Kebetulan ketika itu dia dan Adam berjumpa di sebuah perkarangan masjid di Alor Setar. Lalu rakannya itu mengajaknya menunaikan solat bersama.

“Namun lain jadinya, apabila sampai di situ, saya diajak Adam untuk solat, saya bertanya kepada Adam adakah saya boleh solat sedangkan saya bukan Muslim, Adam kata boleh lalu mengajar saya berwuduk dan menunaikan solat Asar, ketika itu”.

“Saya hanya mengikut sahaja pergerakan solat sehinggalah selesai dan ternyata setiap sujud itu memberi ketenangan kepada saya, sejak itulah saya sering memandang ke langit seperti mencari sesuatu”.

“Akhirnya saya sedar, apa yang perlu saya cari adalah Tuhan yang mencipta kita, dari situ saya berhasrat memeluk Islam dan pergi ke masjid untuk mencari imam, tapi sayangnya empat buah masjid yang saya pergi, tidak ada imam pada waktu itu,” katanya.

Menurutnya lagi, Chee atau nama Islamnya adalah Abdul Rahman Abdullah dia mengucap dua kalimah syahadah pada 7 Ogos tahun lalu.

“Ketenangan yang saya perolehi tidak dapat digambarkan dengan kata, walaupun pada mulanya ibu saya tidak dapat menerima saya sudah memeluk Islam, namun kini dialah insan yang menghantar saya menunaikan solat Jumaat di masjid”.

“Kehidupan saya sebelum ini ternyata hanya nampak hebat di sisi manusia tapi ia sebenarnya tidak menenangkan jiwa. Jiwa yang tenang adalah dengan mengingati Allah.

“Agama Islam adalah agama yang sempurna, mengajar manusia dengan penuh adab dan ilmu dalam setiap perbuatan walaupun hendak masuk tandas dan menukar pakaian”.

“Saya dahulu sudah tiga kali dipenjarakan, selepas peluk Islam saya tinggalkan dunia gengsterisme, walaupun hidup saya kini susah tapi saya tetap bersyukur kerana berada di landasan dengan agama Allah,” kata bapa kepada dua orang anak ini.

Dia merupakan seorang bekas chef di sebuah hotel di Singapura dan kini mengambil upah memasak namun dia kini tidak selalu mendapat tempahan.

Walaupun kini dia kurang mendapat tempahan dan kadangkalan hanya mampu menjamah mi segera namun dia tetap menganggap itu merupakan rezeki dari Allah.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua. Kisah ini juga boleh menjadi inspirasi kepada semua orang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.