Mana-mana pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan cahaya mata. Namun tak semua pasangan berhadapan dengan situasi mudah. Ada yang harus menunggu beberapa lama tahunnya untuk mendapat cahaya mata.
Namun, tak semua yang dirancang akan menjadi. Seperti yang kita tahu, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala perjalanan hidup kita.
Persis seperti pengalaman luar biasa yang dialami oleh sepasang suami isteri ini. Penantian selama 10 tahun akhirnya berbaloi.
Difahamkan wanita tersebut tidak menyangka dirinya hamil sehinggalah kandungannya mencecah sehingga 9 bulan.
Kisah ini diceritakan oleh seorang bidan atau mesra disapa Bidan Zulfa menerusi sebuah video di TikTok. Dialah yang membantu wanita bernama Riri tersebut sehingga selamat melahirkan anak pertama pasangan suami isteri itu.
Ceritanya bermula apabila suami kliennya itu memutuskan untuk membelikan Riri pregnancy test pada sebelah pagi dan alangkah terkejutnya pasangan suami isteri tersebut apabila Riri didapati hamil.
Pada sebelah petang pula Riri mula merasakan contraction di perutnya dan akhir sekali selamat melahirkan seorang bayi pada waktu malam.
Difahamkan juga sebelum ini Riri sudah pasrah dan hampir putus asa untuk membeli pregnancy test kerana hasil ujian tersebut selalu gagal.
Selain itu Riri juga sering mengabaikan tanda-tanda yang sering dialami oleh ibu hamil kerana berfikiran semua tanda yang ada pada dirinya hanyalah kebetulan.
Riri turut difahamkan selalu mengalami haid lewat. Oleh sebab itu, dia sudah tidak mahu menggunakan alat ujian kehamilan lagi. Bukan itu sahaja, berat badannya yang semakin meningkat juga dianggapnya hanya kerana kuat makan, bukanlah kerana dia sarat hamil.
Video yang dikongsi Bidan Zulfa kini tular dan mencecah sehingga 470.3 ribu kali tontonan dan 31.6 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut bahagia melihat Riri yang akhirnya berjaya menimang cahaya mata. Mereka turut memanjatkan rasa kesyukuran serta memuji kebesaran Maha Pencipta, Allah SWT.
Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok
“masyallah alhamdulillah yaallah.. memang semua Kuasa allah…”
“allahuakbar masyallah😭”