Connect with us

Semasa

Berkerusi Roda Menangis Datang Balai, Ibu Terkilan 5 Anak Report Polis Tuduh Gadai Geran Tanah

Sering kali kita dengar anak-anak merupakan ‘anugerah’ terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa.

Namun tanpa kita sedar, apabila seeorang anak itu semakin membesar, ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah ‘amanah’ buat mereka.

Jasa kedua ibu bapa sejak kita lahir sehingga dewasa sudah tentu tidak terbalas dengan apa pun, akan tetapi sebagai anak, kita boleh membuat mereka bahagia dengan pelbagai cara yang lain.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lima orang anak kandung kepada warga emas ini bertindak mengkhianati dan memfitnah ibunya sendiri mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, lima orang anaknya itu dipercayai telah melaporkan dia kepada pihak polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan arwah suaminya.

Memetik laporan Kompas, warga emas yang berusia 72 tahun yang lebih dikenali dengan nama Rodiah dari Indonesia ini sangat kecewa dan terkilan dengan sikap anak-anaknya itu.

Selepas tiga hari ketiadaaan suaminya, Zein Choir, Rodiah mendakwa anak sulung mereka iaitu Sonya kerap meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar yang disimpan Rodiah.

Dalam masa yang sama, empat orang anak yang lain pula supaya Rodiah segera mengagihkan tanah tersebut.

Bagaimana pun, kelima-lima anaknya itu menggunakan cara kasar dengan ‘mencuri’ geran tersebut oleh kerana Rodiah eggan memberikan dokumen itu kepada mereka.

“Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).”

Apa yang lebih mengundang sebak ramai, Rodiah datang ke balai polis dengan keadaan yang sangat uzur dimana dia menggunakan kerusi roda kerana kedua kakinya lumpuh akibat strok.

Bukan itu sahaja, Rodiah juga tidak dapat menahan sebak oleh kerana terlalu kecewa sehingakan air matanya jatuh berguguran sewaktu disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Tidak terhenti di situ, Rodiah juga memaklumkan bawaha dia sering diugut dan dikasari oleh anaknya semata-mata untuk menandatangani beberapa dokumen.

“Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang bertindak kasar dan laporkan saya kepada polis.”

Rodiah turut menyatakan dirinyaberasa takut dan trauma setiap kali terdengar ketukan pintu rumahnya.

“Nak buat macam mana lagi, saya hanya mampu pasrah. Saya ada Allah SWT, saya serahkan semua nasib saya.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.