Ramai rakyat jelata berasa senang dengan kemesraan dan sikap mesra rakyat keluarga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong.
Kisah keluarga Al-Sultan Abdullah ini sering kali tular di media masa dan turut mendapat perhatian ramai.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong sering kali dilihat menjamu selera di restoran-restoran yang sama dengan orang awam.
Sikap mesra rakyat dan merendah diri
Sebelum ini juga, telah tular apabila Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong memesan sendiri makanan di salah sebuah restoran makanan segera dan makan mengunakan tangan.
Sememangnya sikap dan tindakan keluarga diraja itu yang sangat merendah diri dan mesra rakyat itu cukup memberi kesan mendalam di hati rakyat jelata.
Tengku Hassanal Shah pula turun mencemar duli melihat situasi kemalangan
Terdapat beberapa rakaman video yang dikongsikan kepada umum bagaimana Al-Sultan Abdullah telah turun mencemar duli dengan melihat situasi kemalangan yang kebetulan berlaku berhampiran kenderaannya.
Namun apa yang lebih menarik kali ini adalah anakandanya iaitu Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Shah pula melakukan tindakan sama seperti ayahandanya.
Berhati-hati memandu ketika hujan
Menerusi Instagram rasmi Tengku Hassanal, baginda telah meninggalkan kapsyen meminta agar orang ramai berhati-hati semasa memandu ketika dalam keadaan hujan.
Pada kali ini Tengku Hassanal pula dilihat mencemar duli turun dari kereta sambil memegang payung melihat situasi yang berlaku.
Tengku Hassanal turut dilihat memegang sendiri payung sambil bertanya keadaan mangsa-mangsa kemalangan.
Like father, like son
Video itu juga turut menarik perhatian netizen untuk meninggalkan komen yang positif dan memuji tindakan spontan Tengku Hassanal.
Selain itu, mereka juga turut mengakui sikap baginda Tengku Mahkota Pahang itu menyamai dengan sikap merendah diri KDYMM Agong.
Tingkah laku yang baik dan teladan yang diwarisi itu membuatkan rakyat jelata berasa kagum dan berterima kasih diatas keprihatinan yang ditunjukkan kepada rakyat.