Connect with us

#MalaysiaBaru

“Berpunca kabar angin dakwaan” Berhenti Operasi Kerana Berita Palsu, AminahHassan Bangkit Semula

Suatu masa dulu, sos cili jenama AminahHassan pernah menjadi pilihan orang ramai dan setanding dengan jenama hebat lain.

Namun, untuk beberapa ketika, jenama ini seakan hilang dan tidak dijual meluas di kedai-kedai mahupun pasaraya.

Menerusi laman Facebook, AminahHassan telah menerangkan ke mana mereka menghilang dan kini kembali dengan nafas baru.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua. Disini kami ingin menjelaskan berkenaan status jenama produk AminahHassan.”

“Ramai diantara semua tertanya siapa empunya produk ini ? Orang Islam atau bukan ?
Sudah dijual kepada syarikat lain?”

Menurut perkongsian tersebut, masih ramai yang tertanya-tanya siapa pemilik jenama AminahHassan yang sebenar.

Ini kerana terdapat beberapa dakwaan di mana syarikat tersebut telah dijual, namun sebenarnya ia adalah milik Syarikat Amisan Products (M) Sdn Bhd.

“Untuk maklumat saudara saudari semua, Syarikat Amisan Products (M) Sdn Bhd adalah syarikat yang yang menghasilkan sos cili AminahHassan.”

Jenama itu juga sebenarnya diusahakan sendiri oleh anak-anak Allahyarhamah Hajjah Aminah dan Allahyarham Haji Hassan.

Malah, syarikat tersebut juga tidak pernah dijual kepada sesiapa tetapi terpaksa memberhentikan operasi kerana mengalami kemerosotan jualan.

“Syarikat ini diusahakan sendiri oleh anak-anak Allahyarhamah Hajjah Aminah dan Allahyarham Haji Hassan sendiri. Dari awal penubuhan syarikat ini pada tahun 1979 sehingga kini.”

“Syarikat ini tidak pernah dijual atau dibeli oleh sesiapa. Pada satu ketika ia terpakasa memberhentikan operasinya kerana mengalami kemerosoton jualan. Ia berpunca dari kabar angin dakwaan yang mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan juga ia sudah dijual kepada syarikat lain.”

“Akibat itu produk jualan kami tidak mendapat sambutan. Kami sangat terkesan dengan berita – berita palsu tersebut.”

“Setelah sekian lama kami sedar ramai pihak yang mencari dan bertanya dimanakah Sos Cili,Tomato dan Sos Kacang AminahHassan?”

“Kini kami kembali dgn semangat dan nafas baru, Pihak Pengurusan yang diterajui oleh Puan Hajjah Noor Aini Hassan serta suaminya Haji Zainal Abidin Abdullah mengambil inisiatif utuk membangunkan semula perusahaan ini kembali untuk memenuhi semula permintaan peminat-peminat AminahHassan.”

“InsyaAllah doa – doa saudara saudari semua akan membantu dan memberi semangat buat kami untuk terus maju.”

“Kami berharap dengan penjelasan ini dapat menjernihkan kembali segala cerita negatif yg pernah melanda kami satu ketika dahulu.”

“Terima Kasih kepada semua yang menyokong jenama AminahHassan !!! Jangan lupa dapatkan Sos Cili AminahHassan”

“Keasliannya Tiada Tandingan”

Semoga jenama ini dapat kembali bangkit dan bersaing secara sihat dengan syarikat lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.