Connect with us

Viral

“Bertahun menunggu pihak sepatutnya” Pemuda Hanya Ambil Masa 4 Jam Baiki Titi Usang di Pedalaman, Enggan Kanak2 Menangis Ke Tadika Sebab Takut

Setiap tahun pasti ada saja cerita tentang kemudahan yang rosak di kawasan pedalaman perkampungan masyarakat negeri Sabah.

Iospital phone repair gombak

Mereka seolah-olah dianak tirikan oleh sesetengah pihak bertanggungjawab sehinggakan kebajikan penghuni di situ tidak diendahkan.

Persis kisah anak-anak kecil di Kampung Rungus, Tamparuli, Sabah, yang terpaksa merentasi jambatan usang untuk ke sekolah sejak tiga tahun lalu.

Menurut aktivis kebajikan Adrian Edy, dia dimaklumkan mengenai jambatan itu oleh seorang wanita menerusi Facebook.

“Ada seorang wanita hantar video kepada saya. Dia kata anaknya menangis setiap hari nak lalu jambatan tu untuk pergi ke tadika. Dia pun sedang hamil. Dia tanya sekiranya saya boleh bantu.

“Pengadu kata jambatan itu laluan utama untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Rungus, Tabika Kemas Kampung Rungus dan Pra Sekolah Kampung Rungus. Dah tiga tahun rosak. Kalau tak guna jambatan tu, mereka perlu guna jalan yang jauh untuk ke sekolah, kena naik kereta.

“Selain murid dan guru, orang kampung yang nak pergi kebun pun guna jambatan yang sama. Saya pergi tengok sendiri, banyak lantai papan jambatan tu dah rosak dan tercabut. Bawahnya ada jaring, tapi ia tetap bahaya,” katanya.

Edy bersama tujuh ahli pasukannya membawa 45 keping kayu baharu untuk membaiki jambatan tersebut.

Edy dan rakan-rakan yang lain bertungkus lumus membaiki jambatan tersebut demi keselesaan penduduk kampung dan bersyukur masalah berkenaan berjaya diselesaikan dalam masa empat jam sahaja.

“Di bawah jambatan tu ada sungai. Saya risau berlakunya tragedi. Sebelum ini saya biasanya bagi bantuan dari segi wang ringgit, barang dapur, barang keperluan dan basikal. Ini kali pertama saya bantu baiki jambatan.

“Saya tak pasti berapa panjang jambatan itu, tapi ia agak panjang. Saya bawa 45 keping kayu untuk tampal lantai jambatan yang lopong dan rosak. Syukur ia berjaya siap dalam empat jam.

“Sepanjang misi itu, ketua kampung, penduduk kampung, guru dan kanak-kanak pun ada menemani kami. Mereka turut hidangkan air kepada ahli pasukan saya yang bukan Islam, mereka bantu juga,” katanya.

Tambah Edy, dia juga terharu apabila warga kampung itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya atas bantuan yang dihulurkan.

“Syukur tuhan permudahkan urusan saya dan ahli pasukan untuk baik pulih jambatan ini. Lepas ni budak-budak boleh pergi sekolah dengan gembira, tidak perlu takut-takut atau guna jalan yang lebih jauh.

“Saya difahamkan dalam 50 ke 60 orang murid akan lalu jambatan ni setiap hari. Ini tak termasuk penduduk kampung yang lain. Saya bantu sikit-sikit saja, moga dapat memberi manfaat buat mereka semua.

“Tidak henti-henti mereka ucap terima kasih. Ibu bapa, para guru, murid-murid serta penduduk kampung sangat bersyukur dengan baik pulih itu. Bila kita rasa susah, ada lagi yang susah daripada kita,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok

@adrianedy7 Baikpulih jambatan gantung Kg Rungus di daerah Tamparuli Sabah, jambatan gantung ini laluan utama pelajar ke sekolah, sudah 3 tahun rosak, ada budak yang menangis ketika jalan di sini, syukur Tuhan permudahkan, Edy dan team baikpulih dalam masa 4 jam , lepasni akan lebih selamat pelajar ke sekolah. #fyp #adrianedy ♬ Semata Karenamu – Mario G Klau

Continue Reading
Advertisement