Tidak semua orang di atas muka bumi ini dilahirkan sempurna, namun pun begitu kita semua adalah sama disisi pencipta.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang budak lelaki yang kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Syafi Zikri tetap mengambil bahagian dalam acara sukan di sekolah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kentangterox, kelihatan dia mengambil lajak larian untuk acara lompat tinggi.
Dapat juga kita lihat rakan-rakan yang lain bersorak dan memberikan kata-kata semangat buat adik Syafi pada ketika itu.
Namun, suasana yang gembira itu bertukar menjadi sebak apabila terdapat seorang guru lelaki setia menunggu pelajar berkenaan dan membantunya untuk melepasi palang terbabit
Oleh kerana pertolongan guru tersebut, akhirnya pelajar ini dapat melepasi palang itu setelah beberapa tahun mencubanya.
“Alhamdulillah tahun ni lepas juga. Terima kasih kerana suppot adik saya Syafi Zikri. Moga apa yang didoakan berbalik kepadanya.”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 114.7K tanda suka, 2175 komen dan 1199 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat pertolongan guru tersebut yang ingin Adik Syafi merasa tidak kekurangan dari segi apa pun.
Antara komen warga maya:
“Mesti cikgu ni menjadi guru kesayangan kan.. terbaik cikgu..”
“omaigod semuanya supportive! Cikgu hebat, anak2 murid pun hebat”
“pandai cikgu tu ambil hati anak murid nya yang sorang ni.. kawan nya pun terbaik juga sebab bagi sorakan tanda support”
“Respect kat cikgu2 n parents2 yang berjaya mendidik anak2 mereka untuk menerima dan support kekurangan orang lain.. tahniah semua..”