Connect with us

Viral

Bertengkar Dengan Ibu Mentua, Tentera Tergamak Halau Ibu Uzur Berkerusi Roda Dari Rumah

Penghormatan terhadap ibu mertua sama seperti penghormatan kita kepada ibu sendiri kerana dia juga seorang ibu.

Kita tetap kena anggap ibu mertua itu seperti ibu sendiri walaupun dia bukan melahirkan kita, walaupun dia tak ada pertalian darah dengan kita. Kita tetap perlu letak ibu mertua sebaris dengan ibu sendiri.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang menantu lelaki yang juga merupakan anggota tentera bersikap biadap dengan ibu mertuanya mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan berlakunya pergaduhan mulut diantara lelaki tersebut dengan ibu mertuanya.

Tapi siapa sangka, pergaduhan kecil pada awalnya bertukar menjadi keruh apabila lelaki tersebut bertindak untuk menghalau warga emas tersebut yang duduk di atas kerusi roda keluar daripada rumah itu.

Difahamkan, si isteri yang merakam video berkenaan dikatakan turut mendapat layanan yang tidak baik daripada suaminya.

Bagiamanpun, kini pihak tentera sedang melakukan siasatan ke atas tentera berkenaan bagi mengenalpasti punca sebenar pertelingkahan yang berlaku itu.

Tampil Mohon Maaf

Memetik laporan Detik News, tentera berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf dan kesal dengan perbuatannya itu serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

“Maafkan saya mak.” katanya sambil dduk bersimpuh dihadapan ibu mertuanya itu.

Ibu mertuanya itu memaafkannya dan Dalam pada masa yang sama warga emas ini juga sempat berpesan kepada anak kandungnya dan meluahkan rasa sayangnya terhadap anaknya itu.

“Jangan buat lagi ya anak ku. Aku yang lahirkan kamu yang membesarkan kamu. Sifat kamu berubah. Kami sayang kamu”

Berikut merupakan video yang tular baru-baru ini:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.