Connect with us

Selebriti

“Beruntung Zarina Anjoulie Dapat Mentua Islamik” – Netizen

Pelakon Zarina Anjoulie telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya tiga hari yang lepas.

Zarina cantik berbusana pengantin serba putih

Menerusi Instagram pelakon ini berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahannya.

 

View this post on Instagram

 

Thank u semua ❤️ Ig baru yas @eilyasazhar_

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Selain itu juga beberapa video majlis pernikahannya yang diadakan serba ringkas turut dikongsi untuk tatapan pengikutnya di Instagram.

Saya sayang keluarga mertua saya

Malah, pelakon berusia 32 tahun itu turut memuat naik gambar bersama keluarga suaminya Eilyas Azhar.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Zarina turut dengan meluahkan rasa sayang terhadap kedua ibu bapa mentuanya.

“I love my family ! Tq so much n Alhamdullilah, @eilyasazhar_ side family yas dan saya Sayang parents mertua saya I’m truly blessed” tulisnya.

Gambar berkenaan tarik  perhatian netizen

Apa yang menarik, gambar itu mengundang perhatian warganet untuk memberikan lebih 300 komen, selain 44,000 tanda suka diraih pada posting berkenaan.

Beruntung mendapat keluarga mertua yang baik

Ada segelintir netizen berpendapat bahawa wanita kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu sangat beruntung apabila diterima keluarga suaminya tanpa menilai baik buruk yang dilakukan.

Moga bahagia duani akhirat

Bahkan, rata-rata netizen turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas ikatan halal itu dan mendoakan agar pasangan tersebut mengecapi bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada tahun 2015, namun bercerai setahun selepas itu.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra.

Tahniah diucapkan kepada Zarina dan suami. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.