Connect with us

#MalaysiaBaru

“Better jadi babi daripada jadi ahli politik penipu” Syed Saddiq Dituduh Menipu Usahawan Air Botol?

Artikel ini adalah tulisan asal Azri Zahier Azmi, usahawan yang menjual minuman air botol. Anda boleh membaca artikel asal di sini.

Berkali-kali aku tegur usahawan-usahawan muda agar tidak langsung berharap pada ahli-ahli politik, baik yang tua atau pun yang muda. Sebab kalau namanya ahli politik, daripada parti mana pun, perangai najis mereka tetap sama.

Semenjak menjual air botol ni, aku dah tak ambik pusing pasal politik dan ahli-ahlinya. Cuma kadang-kadang diorang ni akan cari aku minta sponsor, buat program atau nak menumpang publisiti.

Mana yang aku rasa ok aku akan support contohnya seperti inisiatif promosi produk di media sosial Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sebabnya, team aku kaji follower profile dia dimana dengan 1.7 juta pengikut pasti akan beri impak positif kepada promosi produk aku. Kena dengan target pasaran aku.

Pegawai KBS yang contact aku bagitau pasal program ni. Katanya minta aku sponsor produk untuk mesyuarat kabinet. Time tu menteri akan “baca profil usahawan dan akan promosi di instagram peribadi beliau”.

Dua benda yang aku tekankan adalah baca profil and promosi di instagram peribadi beliau. Aku pegang dua-dua ni. Sebab waktu tu aku fikir, boleh la menteri-menteri kabinet ni jadi pushing power untuk bantu produk aku penetrate convenient stores besar-besar, hypermarket dan stesen minyak yang kerek-kerek menindas produk usahawan muda Malaysia ni. Promote kat instagram bunyinya bodoh je tapi buat siapa yang tahu, kita sanggup bayar beribu untuk influencer post produk kita.

Maka aku pun setuju. Buat profil cantik-cantik, siap ada custom made card dimana kami memilih ala-ala music zine. Pekerja saya sanggup stay up tak tidur siapkan semua. Tau-tau sahaja la level team aku kalau nak buat something tu. Mesti buat kaw-kaw punya. Kami memang look forward for this!

Akan tetapi, kalau manifesto pun ahli politik boleh kencing, takkanlah janji yang ini dia akan tunaikan pulak? Produk aku diletakkan atas meja mesyuarat kabinet. Profil aku tidak dibaca. Produk aku tidak diletakkan di instagram beliau seperti yang dijanjikan.

Ada aku kisah? Aku cuma haramkan setiap titis air dari botol aku dan aku haramkan setiap titis peluh team aku sahaja. Selepas 2 bulan, ada seorang pemilik produk datang jumpa aku. Meluah perasaan pasal kena tipu dengan Syed Saddiq. Juga pasal program yang sama. Dia lagi kesian la sebabnya produk dia kategori premium. Kos pun tinggi. Dah bagi free lepas tu takda apa yang jadi pun.

Dia bagitahu, ada ramai lagi yang YB Syed Saddiq “manifesto-kan”. Selaku bekas Presiden Persatuan Usahawan Luar Bandar Malaysia (RBC), naluri fighter aku terhidup kembali. Aku paham benar usahawan muda punya pengorbanan dan kesanggupan ni macam mana. Aku rasa bertanggungjawab nak membela mereka.

Aku tulis surat kepada Syed Saddiq dan Timbalan Pengarah yang berkaitan minta penjelasan dan nampaknya tiada respon dari menteri. Timbalan Pengarah je minta maaf berjela-jela. Kesian pulak aku.

Selang beberapa hari, pegawai KBS hantar gambar Syed Saddiq minum air aku yang telah aku haramkan. Aku garu kepala. Untuk apa? Adakah aku kena post sendiri gambar dia ke di instagram peribadi aku yang cuma 900 follower tu?

Tapi aku memilih untuk bersabar sahaja. Dah namanya politikus. Tiba-tiba, ada beberapa jembalang tag aku di instagram YB Syed Saddiq. Nak tahu apa? Dia tengah promote kek coklat atas inisiatif yang sama! Gebang benda sama iaitu bawak mesyuarat kabinet dan promosi di instagram peribadi dan sebagainya

Dia ni dah macam tengah jalankan skim kumpul product usahawan muda sebab nak makan dan minum percuma atau apa? Paling best, punya panjang video promosi dia kali ni. Kalau dapat dia buat untuk SEMUA produk usahawan yang dah jadi taik dalam perut dia tu memang bagus la.

Rupa-rupanya, itu produk tersebut milik Exco permuda bersatu! Yaa tuan-puan, produk Kroni YB Syed Saddiq. Patutlah dia bersungguh-sungguh mengotakan janji. Penat sahaja beribu-ribu orang like komen ucap tahniah atas “inisiatif bagus untuk anak muda” atau “cenggini aaaa menteri muda”. Anda semua kena kencing!

Dah 4 bulan. EMPAT BULAN aku dan yang lain bagi. Haramm. Apa? Harapan baru? Babi. Apa? Menteri muda bantu orang muda? Babi. Ahli politik paling jangan permainkan golongan usahawan. Apatah lagi golongan usahawan muda. Ini bangsa melawan.

Kami job creators. Kami tidak bergantung pada ahli politik. Apa bendera pun tak peduli. Kami penggerak ekonomi walau sesemput mana pun keadaan semasa. Jangan main-main. YB Syed Saddiq, better jadi babi daripada jadi ahli politik penipu penindas orang muda. At least, babi tu ada juga orang bela, ada juga kegunaan.

Bagi menjawab tuduhan oleh usahawan air botol tersebut, Syed Saddiq telah memuatnaik satu posting di Facebook beliau.

Hari ini saya nak ceritakan tentang seorang usahawan muda.
(Warning: Cerita panjang & gambar lama Hausboom sekadar hiasan)

Pada mesyuarat jemaah menteri pertama, saya lihat ada makanan & buah buahan yang dihidangkan. Saya tanya kepada pegawai di sana, “Siapa yang buat?”
Saya dimaklumkan ini memang hidangan setiap minggu bila tibanya mesyuarat jemaah menteri.

Setiap minggu dihidangkan kepada kami, tetapi pengendali tidak dikenali. I saw an opportunity here. An opportunity to promote Youth products kepada Perdana Menteri/Timbalan PM dan rakan rakan kabinet yang lain.

Balik ke KBS, saya maklumkan kepada #TeamKBS untuk cari produk anak muda yang nak dipasarkan kepada jemaah menteri. Boleh selitkan profil mereka supaya dikenali.

Saya juga akan ambil masa semasa jemaah menteri untuk perkenalkan produk anak muda ini kepada rakan rakan kabinet. Gambar yang diambil akan dikongsikan dengan pemilik untuk dihebahkan. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan bahawa produk tersebut sudah dihidangkan kepada jemaah menteri juga akan diberikan.

Sesen pun saya tak terima. Credit ke atas kejayaan pun saya tidak ambil. Pemilihan pun dibuat oleh JawatanKuasa bebas. Niat saya ikhlas untuk membantu produk anak muda.

Here comes the story of this particular “usahawan muda”.

Saya dimaklumkan oleh #TeamKBS bahawa ada produk anak muda yang ingin memasuki 7Eleven tetapi tidak dapat2. Produk ini perlu dibantu.

Sebaik sahaja saya dengar, saya kata kita boleh promosikan kepada semua jemaah menteri termasuk dengan profail business & owner. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan boleh kami keluarkan. Saya juga akan cuba berjumpa dengan Tan Sri Vincent Tan untuk maklumkan berkenaan perkara ini. Perbincangan khusus berlaku dan pandangan pun disampaikan kepada pihak KSU on how we can help our local youth entrepreneurs to enter big chains like 7Eleven.

I did all of that with the intention to help. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7Eleven & ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke branches mereka, termasuk Hausboom. Sebelum ni bukan main susah, alhamdulillah, gradually it’s changing. Saya juga nak lihat Tesco dan yang lain ikut perkembangan baik ini.

Fast forward, pagi tadi saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke Jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan Profil businessnya, produknya yang saya push untuk masuk rangkaian 7E dan yang lain, mencaci saya kerana tidak bantu dia.

I am not a person to rant out like this, but i am truly disappointed. Banyak yang kata ini taktik untuk promosikan jualan dia & that i should not respond sebab itu yang dia mahukan.

To be honest, if it helps him, alhamdulillah. But my disappointment stands. Saya akan sentiasa doakan supaya produk dia berjaya.

P/s Dia kata barang yang kami bantu promosikan secara percuma, haram. I have instructed my team to pay the cost in full. May Allah open his heart in the future & may his business succeed.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.