Connect with us

Selebriti

“Betul, Itu Busana Untuk Elfira Loy” Pereka Fesyen Kongsi Baju Kahwin Elfira

Elfira Loy dan pasangan pasti menjadi sangat teruja apabila pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini sudah mula memuat naik sedikit gambar salah satu busana perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Rizman Ruzaini telah memuat naik sekeping gambar busana perkahwinan yang cantik.

Kemudian ramai cuba meneka empunya busana dengan menyebut beberapa pasangan selebriti seperti Fasha Sandha dan Elfira.

Gambar beserta status ‘coming soon’ dan #bridesbyRR itu menguatkan lagi khabar angin pasangan itu bakal berkahwin awal tahun ini.

“Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka”

“Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin. Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami”

“InsyaAllah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Majlis El ini, ia memang istimewa. El jenis yang tak kedekut. Baju yang ditempah dia bayar dan tak pernah minta penajaan,” katanya.

Sebelum ini, Elfira memuatnaik gambarnya bersama tunang di dalam penerbangan menuju ke China.

Pada awal September ini Elfira dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu itu Elfira berkata, dia akan berkongsi semua foto berkaitan kehidupan peribadi di Instagram.

Kami ucapkan tahniah buat Elfira dan pasangan di atas pernikahan yang akan berlangsung nanti.

Agaknya berapa pasang busana Rizman Ruzaini yang bakal digayakan Elfira dan suami di hari persandingan nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.