Kebiasaannya apabila kita ke kedai makan, sering kita pesan sekali ‘air mangkuk’ untuk mendapatkan air yang lebih banyak berbanding dengan gelas biasa dan mudah untuk dibawa pulang terus.
Air mangkuk ini bermaksud air yang dimasukkan ke dalam plastik lalu diikat tepi dan seterusnya diletakkan ke dalam mangkuk.
Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah kedai atau gerai makan yang tidak menggunakan konsep ‘air mangkuk’ ini dan akhirnya boleh mencetuskan salah faham mengenai pesanan tersebut.
Begitu juga kisah yang menimpa sebuah keluarga ini, di mana mereka telah membuat pesanan air Nescafe ais mangkuk di sebuah kedai makan.
Namun begitu menerusi video yang tular di laman TikTok tersebut, apa yang sampai di meja mereka bukanlah air mangkuk yang biasa kita dapat.
Rupa-rupanya hanya air Nescafe semata-mata diletakkan terus ke dalam mangkuk.
“Aku order Nescafe ais mangkuk, kau tengok. Zoom sikit camera. Dia bagi betul-betul dalam mangkuk..,” katanya berseloroh mengenai situasi yang menimpa dia dan keluarganya itu.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @ilithingz ini telah menerima sebanyak 102k tontonan, 7058 suka, 58 komen, 181 simpanan dan 113 perkongsian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat ‘air mangkuk’ yang diberikan pada mereka itu.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman yang dialami oleh mereka serupa dengan situasi yang tular tersebut.
Antara komen netizen:
“lain macam air dia bang hahahaha”
“betul lah tu… order pe??? nescafe ais mangkok. abg x ckp nescafe bungkus ltk dlm mgkok”
“sabar bang… sy pon pernah kena… tea o ais mangkuk… siap bagu sudu bang suruh sy cebuk ais…”
“dia tengok tempat bang. saya dulu pernah order air nescafe air cond maksud nescafe letak atas piring, tp tepi tu ada ais. sekali kena perli balik.”
Video yang tular: