Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan.
Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi pengalaman lucu sewaktu dia ingin membeli burger di tepi jalan bersama rakannya mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @keknis_fc, kelihatan dia sedang memasak burger tersebut sambil dilihat oleh rakannya.
Siapa sangka, rupa-rupanya dia terpaksa menggantikan penjual burger berkenaan kerana dia ingin ke tandas dan apa yang lebih membuatkan warganet terhibur adalah dia kelihatan memakai helmet sewaktu membalikkan daging burger tersebut.
Bukan itu sahaja, malah dia terpaksa menunggu lebih kurang 45 minit sebelum kembalinya penjual burger itu.
“Kau sembelit ke dik..lama sangat ni” katanya di ruangan kapsyen.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 236.4K tontonan, 35.4K tanda suka, 577 komen dan 376 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netize terhibur dengan gelagat selamba penjual yang meminta pelanggan untuk menggantikannya ekoran tidak tahan ‘melepaskan hajat’.
“Kalau saya ni dah excited dah nak buat burger sendiri” – Netizen
Dalam masa yang sama, para netizen juga berseloroh mengatakan wanita tersebut sangat menjaga keselamatan sehinggakan tidak membuka helmet sewaktu ingin memasak burger tersebut.
Berikut merupakan komen warga maya:
“tengah2 buat ada pula customer 2-3 orang datang order, auto gelabah”
“betul2 jaga keselamatan ni, masak pakai helmet”
“konfiden tu penting”
“masa ni nak letak semua bahan2 dia lebih sikit”
“jangan buat main dengan orang sakit perut.. tambah2 pulak kena cirit birit.. mmg takleh control”