Disaat masalah membelenggu diri, manusia yang waras mudah hilang pertimbangan dan akan melakukan sesuatu perkara di luar batasan tanpa memikir baik buruk sesuatu perkara tersebut.
Kini, kecoh di dada akhbar tentang pemergian seorang wanita yang dipercayai tekad meminum racun mnejadi tumpuan ramai.
Wanita tersebut yang lebih dikenali sebagai Novia Widyasari Rahayu berasal dari Indonesia, yang dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai membunuhdiri dengan meminum racun.
Namun apa yang lebih menyayat hati adalah perkara itu dilakukan di tepi kubur Allahyarham bapanya.
Teman lelaki enggan bertanggungjawab
Memetik laporan antarabangsa, gadis cantik berusia 23 tahun ini merupakan seorang pelajar Universiti Brawijaya didakwa meminum racun berikutan tertekan akibat tindakan kekasihnya, Randy Bagus Hari Sasongko yang enggan bertanggungjawab atas kehamilannya.
Bukan itu sahaja, teman lelakinya juga dipercayai menyuruh gadis ini untuk menggugurkan kandungannya.
Ekoran daripada hal tersebut, wanita ini telah menemukan jalan buntu sehingga nekad untuk membunuhdiri.
Wanita ini dijumpai di kubur Allahyarham bapanya yang terletak di Dusun Sugihan, Desa Jepun pada hari Khamis, 2 Disember yang lepas.
Sebelum tragedi hitam itu berlaku, wanita ini juga telah beberapa kali meluahkan perasaannya di akaun Twitter miliknya.
“Saya berhasrat untuk meninggalkan rumah dengan memegang 2 sianida (racun) dan saya bercadang untuk minum dengan varian baldu merah kegemaran saya.”
“Saya akan minum di kawasan paragliding. Jika saya mati, saya akan disalah anggap sebagai kemalangan.”
Merupakan punca utama wanita ini membunuhdiri adalah kerana teman lelakinya yang telah merogol dan enggan bertanggungjawab.
Difahamkan wanita cekal ini sudah berkali-kali mencuba menghubungi lelaki tersebut namun dia mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang respon tentang hal yang berbangkit itu.
Usaha wanita ini tidak terhenti disitu, dia cuba menghubungi ibu kepada lelaki tersebut namun ibunya memberikan jawapan yang tidak masuk akal dimana dia menyuruh wanita ini untuk mengugurkan kandungannya dek kerana anaknya itu baru sahaja dilantik menjadi pegawai polis.