Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan pemergian usahawan terkenal Dnars Skincare, Faziani Rohban di Pattani, Thailand.
Di sebalik kejadian tersebut, ternyata tuhan tunjukkan kebaikan yang selama ini disembunyikan beliau.
Melalui perkongsian di Instagram anaknya, Allahyarhamah dalam perjalanan menuju ke satu pondok di Patani untuk menunaikan kewajipan zakat.
“Arwah acciddent di Pattani, dalam menuju ke satu Pondok untuk selesaikan kewajipan zakat.”
Memang tidak menyangka, begitu banyak kerja-kerja amal yang dilakukan oleh arwah termasuk dalam menjaga kebajikan para pekerjanya sendiri seperti yang diceritakan oleh Mohd Zaid Ismail.
__________
Menyantuni majlis arwah founder dnars. Duduk dan dengar banyak cerita yang boleh buat pedoman.
Saya dengar satu persatu cerita yang menginfaqkan hartanya begitu banyak, driver beliau dibelikan rumah semid berharga rm300k
Bibik diberinya 50k Malaysia. Dan disaat di menghampiri mautnya beliau berjumpa dengan ust pondok di raub ditanya apa perlu dibuat.
Ust berkata infaqkan harta kejalan Allah. Semua staff nya dihantar umrah.
Dan beliau pernah mengislam kan bibik Philipina beliau yang tertarik masuk Islam dengan beliau menunjukkan keindahan islam berkasih sayang.
Rumah bibik dibina dengan penuh mewah, tiada tara bagi nya.
Perjalanannya untuk memberi zakat pada pondok thailand sudah dikira syahid, dan mayatnya Allah mudahkan kerana prosodure Thailand bila kemalangan bukan senang untuk selesaikan.
Terlalu banyak kisah saya nk kisah kan. Secara pendeknya beliau adalah Khadijah akhir zaman.
Dan dari telitian saya, Allahyarham sangat menitik berat tentang sedekah.
Sampaikan saya tanya pada pekerjanya yang membungkus kotak dikenali sebagai abe mi, lama da Abe Mi kerja? Tanya saya..
Die cakap tidak kerja hanya berkhidmat sebagai anak beranak, tiada darjat yang di buat sama sahaja.
Bila Allahyarhamah ke Thailand akan membeli kueh pada Abe Mi. Walau pembungkus kotak menjana gaji 3ribu.
Dalam puasa sahaja, 2 kali mengerjakan umrah. Allahuu..
Sedekah alfatihah pada Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad. Beliau jasanya, kalau die hidup lagi banyak die infaqkan. Itu sudah tertulis kebaikkannya. Ameen..
_________
Kita doakan semoga segala amalan Allahyarhamah diterima Tuhan dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.