Assalam semua pembaca. Jika puasa tahun lepas aku diduga dengan masalah rumah tangga aku, perit tapi aku hadap.
Sewaktu orang lain sedang pilih beraya di Kampung mana, aku diberi pilihan samada terus bersama atau aku terima madu.
Lama aku fikir , sebab aku inginkan keluarga yang sempurna buat anak aku ketika itu belum cukup pun setahun lagi.
Sedih orang lain punya keluarga bahagia tapi aku tidak. Kami mempunyai masalah kewangan yang hampir teruk gara-gara hutang kereta dan juga loan bekas suami aku.
Masa aku kahwin sumpah aku taktahu pasal ni, bila aku mengandung baru rahsianya pecah. Dia banyak hutang.
Tapi aku bertahan , aku buat kerja macam-macam, aku sanggup hidup berjauhan dengan dia sebab masa dia kerja di belah utara dia berkongsi rumah dengan kawan dia.
Aku duduk dengan family. Aku buat kuih,jual air, macam-macam kerja aku buat sebab nanti anak lahir perluukan duit.
Masa aku diberitahu aku perlu jalani pembdahan untuk bersalin serius aku susah hati sebab aku risau kos yang mahal. Tapi aku usaha jugak simpan duit dengan meniaga online dan offline.
Masa aku bersalin , aku kesian giler bila dia tiada duit pun nak bayar bil hospital Aku, masa nak keluar Aku hulur duit pada dia rm200 sebab
Aku taknak keluarga Aku nampak dia tak mampu. Aku nak jaga aib dia. Dia kerja hanya supervisor kilang di utara selepas dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerja dipelantar minyak akibat kegawatan ekonomi ketika itu.
Bila dia kerja sarat, ekonomi kami berubah, dia kerja hanya untuk bayar hutang dia dan Aku berniaga untuk sara keluarga. Tapi aku tak kisah sebab ni ujian kami.
Sehinggalah terjadinya peristiwa dia tertaklik pada aku gara-gara malam tu aku tak ikut dia balik kampung dan kakak-kakak dia masuk campur hal kami.
Aku taknak balik sebab dia ajak Aku duduk bersama mentua, sebab dia nak cari kerja sana, bukannya dah dapat kerja. Dia kata duduk dengan family dia senang ada orang bagi makan minum. Aku pulak tak suka menyusahkan orang, Aku lebih suka usaha sendiri.
Aku taknak balik sana sebab mereka tak suka Aku berniaga,tapi meraka tak tahu anak mereka tak mampu pun sara Aku dan anak.
Aku kenal suami Aku macam mana, dia akan malas untuk bekerja bila duduk dengan family. Family bukan orang senang pun. Harapkan duit pencen sahaja.
Bila dia berada dikampung Aku suruh dia pergi mahkamah tanya yang lebih arif mengenai status kami. Tapi dia kata dah jatuh talak sebab ayah dia kata, bukan dapat penjelasan dari mahkamah.
Jadi untuk kepastian Aku sendiri ke mahkamah dan ustaz bagitau tidak jatuh sebab masih samar. Bila aku bagitau dia, dia seakan nekad untuk mencraikan Aku. Apa pilihan aku ada.
Jadi aku redha jika ini yang terbaik daripada dia nak madukan Aku. Nafkah Aku dan anak jarang sekali bagi tapi ada hati dia nak madukan Aku. Tak tahu nak kata apa.
Aku bukan bodoh sangat pun sampai sanggup lalui semua tu. Cuma keluarga aku kecewa langsung tiada kata sepatah dari keluarga mereka. Hanya datang masa hari lafaz crai di mahkamah.
Kami bercrai secara baik. Aku ingat mungkin ada harapan untuk Aku dan dia baiki hubungan kami sewaktu proses eddah tapi tiada, sehingga suatu hari malam tu dia mesej aku bagitau esok malam dia nak kahwin lain.
Aku menangis, bukan sebab Aku tak dapat bersama dia tapi aku kesian pada anak kecil Aku sebab Aku tak dapat wujudkan keluarga sempurna untuk anak aku.
Dia upload di Fb, hari bahagia dia bersanding di pelamin, Kakak-kakak dia gembira bergambar bersama, ayah dia senyum melebar.
Allahuakhbar, sepanjang Aku jadi menantu keluarganya tidak pernah aku berkasar dengan mereka, Aku tak pernah sekali menyusahkan anak lelaki mereka walaupun Aku berhak sebab Aku isteri.
Tapi aku tahu bekas suami Aku tidak menceritakan perkara sebenar pada mereka punca kami bercrai. Dia tak pernah cerita yang dia tak bagi aku duit nafkah, selama 3tahun aku berkahwin dengan dia, baru 2helai baju dia belikan pakai duit dia.
Sampai sekarang aku pakai baju yang ketika Aku anak dara Lusuh selusuhnya. Keluarga dia tidak tahu kebenarannya.
Takpelah aku dah redha dengan semua tu. Tapi yang aku tak boleh blah dia kata pada aku, perempuan takkan boleh hidup tanpa lelaki dan dia suruh aku cari teman.
Yang Aku pelik yang dia sibuk sangat kenapa. Bukan Aku yang tak boleh hidup tanpa lelaki tetapi dia yang takleh hidup tanpa perempuan.
Kini aku bahagia dengan anak Aku, Aku buat bisnes jual kuih muih untuk tampung kehidupan harian kami. Untung tak banyak pun tapi aku bersyukur Aku mampu beli susu untuk anak aku.
Aku bukan tiada kelulusan , aku lulusan degree, cuma aku tiada rezeki untuk bekerja dengan company logistic, banyak dah Aku hantar resume tapi tiada satu pun yang panggil. Takpelah dengan berniaga Aku boleh jaga anak Aku kan.
Rata-rata netizen terkesan dengan cerita ini dan meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen.
Arbani Aini, Semoga adik tabah dgn dugaan ini. In syaa Allah bahagia yg menanti dr sudut lain, walau bkn seorg suami. Jga lah ank sebaik mungkin agar jd ank soleh.
Biar lah ex awak dgn hutang nafkah yg akan dipersoal di akhirat kelak. Awak move on je buktikan tanpa lelaki pun awak blh berjaya in syaa Allah.
Siti Maryam, Kira bruntung ada kelulusan sdgkan yg spm pun ada aja kerja..jgn trburu2 cari penganti stabilkn kehidupn inysallah pasti ada sinarnya.
Rokiah Yaacob, mgkin jodoh lbh baik menanti,byk kn doa .mga sgala urusan dprmdhkn. Gunakn ilmu yg ada .Berniaga wpun utg kecil,teruskn utk brjya dmsa dpn. Gd Luck.
Adrena Wahid, Semoga Allah mudahkn semua urusan awak & beri kebahagiaan dunia akhirat serta anak membesar baik.. jadi anak soleh.
Rose Sulong, Semoga stu waktu nanti…kebahagian akan bersamumu…kerana Allah tdak pernah menghampakan doa hambanya yg terinanya.
Atie Yam, Semoga penulis terus sabar dan kuat mghadapi segala ujian dan halangan yg mendatang. Di hujung kesabaran tu akan terasa kemanisan akhirnya.