Connect with us

Viral

Bil Makan Cecah RM1,248? Netizen Tampil Puji Harga Makanan Di Restoren Ikan Bakar Ini Kerana..

Terdahulu pernah tular di sosial media dimana sekumpulan rakan mendedahkan mereka perlu membayar sebanyak RM1196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram bagi 7 orang makan.
Iospital phone repair gombak
Ia mengundang rasa kurang senang netizen sehingga menggelarkan makanan tersebut ‘Ikan Siakap Kayangan’.

Bagaimana pun, terbaru viral sebuah restoran ikan bakar berkongsi satu cetakan resit menunjukkan harga keseluruhan yang dibayar oleh pelanggan mereka mencecah RM1,248.80.

Jika sekali imbas, memang kelihatan agak mahal dan tidak masuk akal. Pastinya kita akan terfikir, apakah yang dimakan sehingga perlu membayar dengan harga yang tinggi seperti itu bukan?

Namun rupanya jumlah harga tersebut adalah untuk hampir sembilan jenis makanan dan minuman yang dipesan oleh 65 orang pelanggan ketika itu.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Facebook Restoren Selera Rose Ikan Bakar itu, pengunjung yang pernah hadir berkongsikan pengalaman mereka makan di kedai tersebut malah memuji servis yang diperolehi.

Mereka juga akui makanan yang disajikan sangat fresh dengan harga yang berpatutan.

Difahamkan, pihak restoren akak berikan resit bercetak untuk mengelakkan harga yang dikenakan kepada para pelanggannya tidak terlebih ataupun terkurang. Jadi para pelanggan boleh membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran.

“Ada org kata mahal.. ni makan dalam 65 orang baru 1k lebih je.. lepas makan bayar kita bagi resit untuk menggelakan terlebih charges atau terkurang.. wajib ada resit.. was2 kalau makan ramai2 tapi resit takde kan.. kami takkan tipu orang punyeeee.. so jangan was2 ye..”

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen akui terkejut melihat harga pada awalnya namun jika diteliti mereka menyifatkan harga tersebut sangat berbaloi untuk 65 orang makan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berminat untuk datang ke kedai ini dan merasakan sendiri air tangan restoren ini.

Antara komen warga maya:

“Parking tak menyusahkan.. service laju.. sotong besau2 wehhh.. nyandor makan.. ada rezeki sampai lagi..”

“Sini tempet peberet ambe bila rasa nak makan ikan bakar @ masakan ala thai.. servis torbaik.. harap sentiasa kekal dengan servis sedia ada”


“Sepanjang makan sini.. lepas bayar.. hati berkata.. murah makan sini.. sedap dan berbaloi..”

“Harga memang berpatutan & masakan pun sedap..”

Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement