Sejak kebelakangan ini, nama Ryan menjadi sebutan ramai. Manakan tidak, TikTokers paling berpengaruh setakat ini bukan sahaja lucu malah memiliki sikap yang sangat ‘humble’.
Siapa sangka, hanya dengan membuat video parodi menggamit kenangan berkenaan dengan zaman ‘childhood’ yang generasi lahir tahun 80-an dan 90-an boleh relate, kini sudah menjadi icon BubbleBee dan secara rasminya memiliki francais BubbleBee di Seri Iskandar, Perak.
Tidak cukup dengan itu, selepas muncul di rancangan Meletop, dia juga mula dipanggil oleh stesen radio bagi mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terkininya.
Dapat kita lihat, dia menghadiri jemputan Radio Sinar dan menjawab beberapa persoalan yang sering menjadi tanya buat peminat tentang influencer terkenal ini.
Bercakap tentang namanya Ryan Bakery yang digunakan sebagai ‘username’ TikTok, ramai yang menyangkan Ryan terlibat dalam bidang kedai roti atau kek.
Tidak cukup dengan itu, dia juga turut berkongsi serba sedikit tentang 5 orang sahabatnya susah senangnya yang lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap Ryan yang sangat rendah diri apabila ditemu bual.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar Ryan dimurahkan rezeki hasil titik peluhnya yang bermula daripada bawah.
Antara komen warga maya:
“serius wey.. memula pun aku ingat kedai kek..”
“Bila dia bercakap bersih je ikhlas dari hati diaa.. bukan dibuat2”
“from zero to retiss ryan”
“akhirnya terjawab selama ni aku ingat ryan ni pernah buka kedai roti”
Video yang tular di laman TikTok: