Tidak dinafikan, jodoh, ajal, pertemuan semuanya ditangan Tuhan, tiada siapa diantara kitamampu untuk menidakkan dan menolak takdir yang sudah tertulis.
Orang kata tak mustahil persahabatan antara lelaki dan perempuan boleh berakhir di jinjang pelamin. Walaupun bagai ‘anjing dengan kucing’ namun tentu sahaja ada perasaan sayang.
Sama juga dengan kisah dua orang mempelai ini yang merupakan kawan baik memilih untuk disatukan sebagai suami isteri mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan pengantin yang berada di pelamin dengan berbusana serba putih sedang sibuk dengan sesi bergambar untuk dijadikan kenangan.
Namun apa yang mengundang dekah ramai apabila wanita ini masih kelihatan malu-malu walaupun sudah sah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.
Lihat sahaja matanya yang terkebil-kebil dan mulutnya yang terkumat-kamit sewaktu ‘photographer’ meminta untuk salam suaminya, itu sudah cukup dapat menggambarkan hatinya yang sangat ‘nervous’.
Puas abang ‘photographer’ memujuk semata-mata untuk mendapatkan gambar yang on point dan cantik! hehehe
Menurut rakannya, situasi tersebut sama sekali tidak dibuat-buat dek kerana sepanjang dia mengenali pengantin perempuan itu, dia memang dikenali dengan keperibadian yang baik dan sangat menjaga pergaulan dengan lelaki.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat kedua-dua pengantin ini yang asih malu-malu walaupun sudah menjalin pertalian halal.
Dalam masa yang sama, para netizen juga ‘salute’ dengan sikap wanita ini dan menganggap keperibadian baik yang ditunjukkan itu merupakan hasil didikan yang bagus dari kedua ibu bapanya.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
“terbaik n respect didikan daripada ibu & ayahnya”
“nmpak kn dari dorang bercinta msti tak pernah nk pegang2 sentuh2”
“penat cari jodoh, rupanya depan mata je”
“kenapa aku senyum erk.. peninnnnnnn aku”
“cute nye dia.. bestnye kawin macam ni tau batas..”