Connect with us

Viral

Bilik Balkoni Besar Liang Lahad Disewa Sampai RM600, Netizen Berang Cara Pemilik Rumah Buat Duit “PBT kena campur tangan”

Ramai sedia maklum rumah sewa di negeri-negeri maju seperti Kuala Lumpur dan Selangor memang menelan kos besar sehingga harganya luar daripada kemampuan.

Iospital phone repair gombak

Lagi-lagi untuk para pelajar yang masih menuntut di universiti dan memerlukan tempat berteduh. Ataupun, pekerja yang datang dari negeri lain.

Seperti yang tular baru-baru ini di Twitter, bilik sewa berharga mahal di sekitar Lembah Klang bikin netizen tergamam.

Seorang individu memuat naik sekeping gambar memaparkan satu ruang sempit dipercayai di kediaman jenis bertingkat dijadikan bilik sewa.

“Bilik balkoni ya,” tulisnya menerusi ciapan yang sama sambil disertakan dengan emoji menangis.

Bilik sewa yang diiklankan itu adalah ruang balkoni yang telah diubah suai menjadi sebuah bilik yang mana sliding door dipasang dan berfungsi sebagai dinding.

Melihat keadaan bilik sewa itu, sememangnya tidak sesuai untuk diduduki atas faktor saiz, keselamatan, pengudaraan dan sebagainya.

Saiz bilik tersebut hanya cukup untuk meletakkan sebuah katil single dan meja kecil, selain terdapat kipas dinding, lampu dan langsir untuk menutup sliding door.

Ruang untuk berjalan juga sempit, begitu juga lebihan ruang balkoni di bahagian luar yang menghadap pemandangan bangunan dan pokok.

Ada juga segelintir pihak menyifatkan bilik ini seperti liang lahad, tempat orang sakit dan macam-macam lagi.

Berdasarkan hantaran yang dibuat, kadar sewa ditetapkan bagi bilik kecil tersebut adalah RM600 sebulan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata berpendapat tindakan ini melampau kerana tiada keselesaan buat penyewa selain harga yang tak masuk akal.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading
Advertisement