Orang lelaki baik bujang mahu pun yang sudah berkahwin selalu meluangkan masa bersama kawan-kawan lepak di kedai makan sehingga lewat malam
Aktiviti tersebut kononnya merupakan cara mereka untuk menghilangkan stres setelah seharian penat bekerja kerana dapat berborak dengan kawan-kawan.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berjogging ke kedai makan untuk melepak mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hazmansyamim, kelihatan beberapa orang sedang berada di sebuah kedai makan.
Namun tiba-tiba muncul kelibat rakannya yang gigih berlari daripada rumah ke kedai makan tersebut malah pulang pun berjogging.
“Tips keluar malam level apa ni?.. Bini pun tak sedar keluar jam berapa balik jam berapa.. tak dengar bunyi kenderaan..” ujar rakannya berseloroh.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih 273.2K tontonan, 32.3K tanda suka, 557 komen dan 351 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihatnya berjogging malah sempat mengatakan bahawa rakannya ini akan buat kantoi jika isterinya melihat video ini.
Dalam masa yang sama, ada juga yang turut mengenali lelaki ini malah mengatakan dia memang ‘otai’ bab larian sehingga oernah diajak buat marathon dari perlis ke kedah.
Antara komen warga maya:
“hang bagi kantoi dengan bini dia bang.. dia dah habaq pi jogging dah.. viral pula.. esok takleh jogging malam dah la hahahah..”
“habis.. lubang alasan dah kantoi.. benda dah viral bang.. enjoy jelah.. nak pakai alasan apa pula la lepas ni..”
“hadoi la.. dah pecah rahsia..geng.. alasan jogging dah tak boleh lepas ni..”