Connect with us

Viral

“Boleh Mati Anak Saya!” Terpaksa Tunggu 12 Jam Untuk Dirawat, Doktor Tampil Dedah Situasi Sebenar

Seperti yang kita tahu, adakalanya Hospital penuh dengan pesakit sehinggakan doktor dan jururawat yang lain tidak lepas tangan apatah lagi jika kekurangan staff sehingga ada yang perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor.

Seperti ciapan yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna yang dikenali sebagai Shazwan Sazali yang merupakan seorang doktor telah mendedahkan situasi sebenar di sebuah hospital.

Menerusi hantaran tersebut, Shazwan telah menceritakan keadaan terkini di kecemasan Hospital Tunku Azizah atau Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Difahamkan, kebelakangan ini mereka menerima lonjakan jumlah pesakit di hospital berkenaan sehingga pesakit terpaksa menunggu selama 12 jam untuk dirawat.

Jelasnya, hanya 5 orang staf yang dibenarkan menerima penempatan di hospital berkenaan bagi menjaga keseluruhan tingkat untuk 3 shift satu hari.

Tidak berpuas hati, dia turut bertanyakan kepada pakar perunding jabatan tentang mengapa hanya 5 orang staf yang ditempatkan di hospital berkenaan.

Kata beliau, banyak usaha dah untuk tambah jumlah staf, tapi sampai sekarang tiada kabar berita.

Disebabkan kekurangan staf, waktu menunggu boleh mencecah 12 jam namun pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ianya di luar batas kemampuan mereka.

“Puan, encik, saya faham tapi saya tak mampu buat apa, kalau boleh, kami alukan puan dan encik isi SISPAA supaya KKM Putrajaya tahu akan hakikat ini.”

Meninjau di ruangan komen, ada juga dikalangan warga netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama dimana perlu menunggu berbelas jam untuk berjumpa dengan doktor.

Berikut merupakan komen warga maya:

Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.