Dalam usaha meningkatkan promosi pelancongan domestik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan telah melancarkan inisiatif jangka masa pendek iaitu pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam.
Cuti-cuti Malaysia khas untuk penjawat awam
Pakej ini merupakan inisiatif Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
nbsp;
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam.
Harga pakej serendah RM120 seorang
Pakej itu melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.
”#PakejCutiPenjawatAwam ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota.
Difahamkan, sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.
Tawaran diskaun harga sebanyak 30 peratus
Selain itu, mereka dapat menikmati pakej produk-produk pelancongan dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus di mana kesemua tawaran ini perlu ditempah sehingga 30 September 2020 sahaja dengan tempoh sah lawatan sehingga 31 Disember 2020.
Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus.
Sky Bridge KLCC, Genting Highland dan banyak magi
Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.
Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma.
Harga diskaun antara 20 hingga 60 peratus
Selain itu, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus.
Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020,” katanya.
Jangan lepaskan peluang untuk bercuti dalam negara sambil membantu sektor pelancongan.