Connect with us

Viral

“Boleh rasa sakit dia tu..” Tenangkan Housemate Menangis, Pemuda Kecewa Teman Wanita Dah Bertunang

Setiap insan yang menjalinkan hubungan percintaan sudah pasti mengimpikan pengakhiran yang bahagia dimana dapat membina mahligai dan menjejaki alam perkahwinan bersama.

Namun bagaimanapun tidak semua daripada kita dapat mengecapi hal tersebut, ada yang terputus ditengah jalan dan ada juga yang tergantung tak bertali.

Pokok pangkalnya, kesetiaan adalah kunci utama seebuah hubungan untuk terus berkekalan dan tiada guna jika bercinta lama lama tetapi akhirnya hubungan itu musnah disebabkan salah sorang tak setia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana hati lelaki ini bagaikan retak seribu selepas mendapat tahu teman wanitanya bertunang secara senyap telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh rakannya @mdausbatjo, kelihatan dia yang menangis tidak tentu arah sedang ditenangkan oleh rakannya.

Dapat kita lihat rakannya itu cuba memujuk berkali dan memberikan pelukan yang erat untuk membuatkannya lebih tenang dan sabar dengan apa yang berlaku.

“kesian housemate aku, dia totally kecewa sebab dapat tahu gf dia tunang senyap2, pada masa yang sama dia dah plan nak tunang bulan 3 dengan gf dia” katanya rakannya itu

“aku sebagai kawan dan sahabat hanya mampu beri pelukan dan tenangkan dia..dia asyik sebut ‘sakitnya Ya Allah”..”

“Jika seseorang lelaki menitskan air mata maknanya hati dia memang sangat sakit.. doakan kawan aku kuat untuk jalani hidup dia lepas ni..” ujarnya lagi

Video yang tular di laman TikTok:

@mdausbatjo Doakan kawan aku warga tiktok #fyp #malaysia #indonesia ♬ if depression gets the best of me – Zevia

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 155.1K tanda suka, 9029 komen dan 4943 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata waga netizen turut sebak melihat lelaki itu yang terduduk penuh kecewa mengenangkan sikap teman wanitanya yang sebegitu rupa.

“Ruginya perempuan tu lepaskan orang yang betul-betul sayangkan dia” – Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen kagum melihat persahabatan mereka susulan rakannya itu yang bersungguh-sungguh mencuba untuk menenangkan lelaki tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya:

“berikan aku satu laki laki seperti dia”

“jaga dia.. dia boleh depression tu..”

“belum tentu ada lagi macam tu..”

“sakit memang sakit tapi itulah kenyataan yang perlu kita hadap”

“lelaki yang baikuntuk perempuan yang baik..”


“he so lucky sebab ada kawan macam u”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.