Seperti biasa, pasti ramai wanita meninggalkan komen memuji pelakon itu dengan mengatakan inilah lelaki idaman wanita dan sangat beruntung wanita yang memiliki Remy sebagai suami.
Apa pun tidak kira siapa pun kita, tiada alasan untuk seorang Muslim meninggalkan solat. Sikap Remy ini sekaligus dapat dijadikan contoh buat anak muda di luar sana untuk utamakan solat walau dimana berada.
Remy Ishak yang dilahirkan di Melaka mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006.
Remy meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.
Remy juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Cik Serba Tahu dan Kekasih Paksa Rela. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Jiwa Taiko dan Hantu Kapcai (2012), dan Kau Takdirku (2017).
Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.
Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.
Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri ujibakat yang dikendalikan Osman.
Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Akuarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni.
Namun demikian filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.