Connect with us

Viral

Buah Pinggang Anak Kecil Ini Terpaksa Dibuang, Ibu Kongsi Anak Derita Kaanser Tahap 3

Redup dan sayu menatap gambar anak kecil ini berjuang melawan derita kanser tahap 3 sehingga terpaksa membuang buah pinggang kanannya. Anak kecil ini,Maliq Aryan bin Ahmad Rafiq disahkan menghidap penyakit Nephroblastoma Stage 3 (Wilms Tumor) atau kanser buah pinggang kanak-kanak yang kini sedang menjalani rawatan.

Tumor Wilms adalah sejenis tumor embrio, yang berkembang dari sel-sel yang tidak matang seperti mana buah pinggang berkembang. Sel-sel tidak matang ini, sebaliknya akan berada di buah pinggang anak selepas kelahiran. Maka mereka mula tumbuh dan membentuk jisim kecil sel yang tidak matang.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, pasangan suami isteri yang melihat keadaan anak mereka yang terpaksa menanggung penderitaan yang tidak dipinta ini. Sayu dan redup mata si ibu saat setia menemani si kecil yang kini dalam rawatan chemoterapi.

Menurut ibunya Nur Syafiqah, anaknya memerlukan dana sebanyak RM10,000 – RM15,000 bagi membiayai kos rawatan di mana tumor di buah pinggang bahagian kanan Aryan akan dibuang dan begitu juga dengan buah pinggangnya turut dibuang.

Hari ini, 8 Mac, chemo Aryan yang keempat (suntikan VCR), bermakna hari terakhir chemo sebelum Aryan dibedah pada 14 Mac nanti untuk membuang tumor yang ada di buah pinggangnya. Menurut kata doktor, buah pinggang kanan Aryan pun terpaksa dibuang sekali. Allahuakbar sayang Mama.

Mama tak sangup sangat nak sebut sebenarnya. Mama masih berharap sangat-sangat buah pinggang Aryan dapat diselamatkan. Masih mengharap pada keajaiban Tuhan. Tiada apa Mama mampu lakukan selain berdoa dan terus berdoa. Kepada Tuhan, Mama berserah.

Pada hari yang sama juga, doktor nak bedah di dada Aryan untuk buat ‘chemo port’ supaya senang nak masukkan chemo. Tak perlu cucuk-cucuk di tangan atau kaki Aryan lagi. Tapi Mama berat hati sangat-sangat nak setuju. Sedih, bingung, takut, bercelaru semua ada.

Kesan biopsy dan bone maarow (ambil sumsum tulang belakang) Aryan pun tak hilang lagi. Nak ditambah dua lagi pembedahan. Beratnya dugaan buatmu sayang.

Di usia ini, anak-anak sebaya Aryan semua sedang seronok bermain. Tetapi Aryan berulang alik di hospital menerima rawatan yang menyakitkan. Mama sedih sangat-sangat Aryan, tapi Mama tak tahu nak buat apa. Nak diikutkan, Mama tak sanggup nak tengok prosedur atau protokol rawatan chemo ini. Tetapi demi Aryan, Mama kuatkan hati dan sentiasa ada dengan Aryan.

Anak mana Mama, Maliq Aryan, jangan menangis, sabar ye sayang. Mama doakan Aryan cepat sihat dan ceria macam dulu.

Tak sampai hati Mama tengok Aryan menangis sepanjang rawatan chemo ini. Tangan, kaki dah berpuluh-puluh kali kena cucuk. Cuma cara chemo ini saja yang Mama dan pihak hospital boleh buat.

Sedih dan sayu luahan hati si ibu, semoga pasangan ini tabah dan sabar menghadapi dugaan ini dan buat anak kecil Aryan, teruskan berjuang sayang.

Sumber: Aiskepal.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.