Connect with us

Viral

“Fesyen staf gov jaga kaunter?” Berhabis Hampir RM7000 Tukar Imej, Hasilnya Buat Netizen Ternganga

Sering kita dengar bahawa perempuan terlalu obses dengan kecantikan dan penampilan diri namun tanpa kita sedar lelaki juga mahukan penampilan diri yang bagus cuma ada diantara kita yang tidak berapa tahu untuk ‘mix and match’ agar terlihat cantik.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki menggunakan khidmat seorang perunding imej bagi menukar penampilan menjadi lebih segak mencuri perhatian ramai.

Pun begitu, hasilnya seolah-olah tidak kena pada harga apabila transformasinya itu tidak dapat diterima oleh orang ramai.

Difahamkan, lelaki yang juga pemilik sebuah chalet itu nekad melakukan transformasi berkenaan setelah berdepan banyak masalah apabila terdapat pengunjung menyangka dia adalah tukang kebun.

Selepas membuat beberapa proses termasuklah Colour Analysis (CCA), perunding ini mengubah lelaki tersebut daripada berpakaian Tshirt berkolar kepada baju yang dianggap lebih professional seperti seorang majikan.

Namun hasilnya meraih komen negative daripada netizen apatah lagi lelaki berkenaan membayar RM6999 untuk sesi transformasi itu.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen yang lucu sekaligus menyifatkan transformasi tersebut tidak berbaloi apatah lagi bila harus membayar hampir 7K untuk ‘look’ tersebut.

Berikut merupakan pandangan warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.