Connect with us

Viral

‘Buang’ Jubah Selepas Ibadat Haji, Nenek-Nenek Melaram Atas Kapal Terbang Persis ‘Fashion Show’!

Seperti yang kita sering lihat, ramai yang mengubah diri ke arah yang lebih baik jika selesai ibadat haji.  Daripada ‘freehair’, sudah mula bertudung, mengikuti kelas agama atau aktiviti keagamaan dan banyak lagi. Semua ini adalah untuk kita menjadikan diri kita sebagai hamba yang lebih beriman.

Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan jemaah haji wanita sedang bergaya sakan dipercayai sebelum pesawat yang dinaiki mereka mendarat.

“Jemaah haji Bugis Makassar tak ada lawan bestie. Cantiknya. MasyaAllah,” tulis lelaki itu yang juga bertugas sebagai kru kabin menguruskan perjalanan kumpulan jemaah berkenaan.

Dipercayai kumpulan jemaah haji berkenaan adalah berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia.

Menerusi video yang tular, dapat kita lihat kelihatan beberapa jemaah wanita menggayakan pakaian warna-warni, lengkap dengan barang kemas dan cermin mata hitam.


Keadaan di dalam pesawat tersebut berubah menjadi meriah seolah-olah mereka sedang bersiap untuk pertunjukan fesyen.

Tidak cukup dengan itu, Beberapa jemaah wanita warga emas di dalam pesawat berkenaan dilihat sedang bersolek di tempat duduk masing-masing sambil diperhatikan rakan yang lain.

Lebih mencuit hati adalah apabila ada seorang jemaah yang tersenyum manis walaupun tidak mempunyai gigi penuh.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberi pendapat masing-masing mengenai video tersebut, ada yang mengambil daripada sudut positif, malah ada juga yang mengatakan bahawa adat orang bugis sememangnya begitu.

“Tapi memang budaya di Selatan Sulawesi (Sulsel) Bugis memang begitu. Daripada nenek-nenek dulu juga sudah begitu.”-Netizen.

Dalam masa yang sama, ada juga yang akui mereka berasal daripada bugis namun tidak mengamalkan adat tersebut dan pulang ke tanah air seperti biasa dan tidak berpakaian seperti di dalam video itu.

“Saya orang Bugis tapi Alhamdulillah keluarga saya tak begitu naik haji, pulangnya juga biasa je. Seperti orang-orang lain umumnya.”

Antara komen warga maya:

“Ni nak gi buat ibadah ke nak gi kenduri?”

“Macam lawatan sambil belajar pula pergi haji tu”

“dah balik haji patutnya lebih baik perangainya..”


Video yang tular dilaman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.