Bila tiba hari minggu, pasti ya ramai daripada kita lebih memilih untuk pergi bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Seperti yang kita tahu, Cameron Highland juga merupakan tempat percutian yang famous dimana ramai yang ke sana untuk menikmati suasana sejuk dan pemandangan yang indah malah banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan.
Bagaimana pun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok sempat merakamkan keadaan jalan raya yang ‘jammed’ teruk di Cameron Highlands buat ramai ‘ubah fikiran.
Manakan tidak, tengok lah dia punya jammed melekat sampai kereta tak bergerak langsung!
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @aniesaadzwan, situasi tersebut dipercayai dirakam pada Ahad lalu.
Menurutnya lagi, orang ramai perlu bijak menguruskan masa jika hendak berkunjung ke sana agar masa tidak terbazir di atas jalan raya sahaja.
“Bagi sape yang nak naik keatas tuhh bertabah laa ye.. nak ke cameron kena betul² arrange masa tu..kalau nk ke kea farm tak nk tempuh jammed mcm ni, seawal jam 8 kena keluar..” ujarnya
“kalau g berdua baik sewa motor je.. kalau tak pandai arrange masa mmg akan bnyk buang masa ats jln..”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengakui itu merupakan salah satu sebab mengapa mereka memilih destinasi lain untuk bercuti.
Bukan itu sahaja, netizen juga turut memaklumkan perkara itu sememangnya berlaku setiap kali hujung minggu, cuti sekolah dan cuti-cuti am yang lain.
Antara komen warga maya:
“Best tak bercuti dalam kereta?”
“Haritu 4 jam stuck, padahal tempat nak pergi 5km ja..”
“Aku rela tak pergi”
“Cameron kalau tak jem memang tak sah..”
Video yang tular di laman TikTok: