Semalam, Malaysia dikejutkan dengan pemergian selebriti terkenal Siti Sarah. Semua pihak pasti terasa sebaknya dan berasa prihatin dengan keadaan yang dilalui oleh keluarga arwah serta ingin memberi penghargaan kepada mereka sekeluarga.
Tidak ketinggalan seorang Influencer dan model terkenal Aisar Khaled Kamel atau lebih dikenali dengan panggilan Aisar Khaled yang mendakwa ingin memberikan penghargaan terakhir darinya dengan menziarahi kawasan perkuburan arwah Siti Sarah.
Setelah selesai acara pengebumian arwah, Aisar telah memuat naik satu video berdurasi 10 minit di akaun Youtube miliknya dengan tajuk ‘Melawat Kubor Arw4h Siti Sarah.’
Namun, tindakannya itu telah mendapat kecaman netizen kerana beranggapan bahawa dia tidak sensitif dan hanya ingin mengaut tontonan dari kesedihan orang lain.
Video itu menunjukkan Aisar hanya menziarahi di luar pagar pintu kawasan perkuburan tersebut dan dia membuat ulasan tentang arwah di dalam kereta mengundang amarah warga net.
Di pertengahan video pula, Aisar telah membuat peraduan edit video dan memberi ganjaran RM100 kepada pemenang.
Aisar juga ada memuat naik video berkenaan dia Instagram namun ia telah dipada setelah beberapa jam.
Di Twitter pula , dia telah menerima pelbagai kecaman netizen yang berpendapat influecner itu tidak sensitif dan memikirkan perasaan mereka yang baru merasa kehilangan.
Tidak hanya itu, netizen juga menyeru orang ramai untuk melaporkan video tersebut kepada pihak YouTube untuk diambil tindakan.
“Hal macam ni pun boleh jadi content ye? I cannot brain. for the seek of views? Mana pergi sensitivity? Hmm,” kata netizen
“Oh come on. The rules is very simple. Who are you to actually do this kind of content? She passed away this morning, you create this content, and offer people to edit the video by giving them RM100? Over someone’s death? So this is the “influencer” material??? Come on @aisar_khaled,”- netizen
Pernah tular isu Babi Air
Terdahulu, semasa kita dikejutkan dengan virus Coivd-19 Aisar Khaled pernah mendapat kecaman netizen apabila dia memuat naik video ‘Jilat Babi Air’.
Selepas video terbabit mendapat sambutan, Aisar sekali lagi memuat naik video mandi bersama 1,000 keping babi air bersama beberapa individu lain.Video terbabit sekali lagi dikecam hebat ketika mana ada golongan yang benar-benar memerlukan gagal mendapatkan gel penyejuk badan itu untuk kegunaan sepatutnya.
Aisar menerusi akaun Instagramnya memuat naik sepotong video permohonan maaf setelah teruk dikecam netizen di media sosial.
“Video ini susulan apa yang terjadi pada Sabtu lalu menerusi video YouTube aku iaitu 1,000 babi air.
“Di sini aku nak minta maaf, aku tak sepatutnya buat content sebegitu dan lepas ni aku harap sebelum buat content aku akan pastikan patut atau tak buat video tu.
“Aku minta maaf aku hanya manusia biasa harap boleh maafkan aku dan lepas ni aku akan lebih berjaga-jaga,” katanya berjanji.