Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar.
Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi.
Terbaru, tular satu video dimana rahim seorang ‘pejuang garis dua’ akhirnya terisi dengan zuriat mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @giftboxbabycayang, dapat kita lihat wanita ini membuat kejutan kepada suaminya yang pada ketika itu sedang berada di dalam kereta.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah reaksi suaminya yang teruja sehingga ‘hilang kata’seakan tidak percaya dengan kejutan tersebut.
Suaminya yang masih dalam keadaan terekjut itu bagaimana pun mengajak isterinya pergi ke klinik yang berdekatan untuk melihat sendiri zuriatnya melalui kaedah scan ultrasound dan mendapati dia akan menjadi seorang ayah kepada bayi lelaki.
Dapat jga kita lihat suaminya itu tidak dapat menahan sebak sewaktu menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan berita gembira itu.
“Alhamdulillah.. menghitung hari dari 10 tahun.. Semoga Allah menjaga kita… Semoga kehadiran malaikat kecil membesar menjadi anak yang soleh” ujarnya di ruangan kapsyen.
Wanita ini juga sempat mendoakan agar semua pejuang garis dua akan memperoleh cahaya mata soleh dan solehah satu hari nanti.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat reaksi suaminya yang begitu teruja apabila mengetahui dirinya akan bergelar ayah kelak.
“content mcm ni buatkan i rasa ‘oh not only me yg menunggu, it’s okay baru je 2 tahun belum lama pun tunggu. ada yg lebih lama tunggu’”- Netizen
Bukan itu sahaja, ramai juga di antara pejuang garis dua hadir di ruangan komen menceritakan pengalaman masing-masing. Ada yang telah pun diberikan cahaya mata setelah berbelas dan berpuluh tahun berkahwin malah ada juga yang masih berusaha sehingga kini.
Antara komen warga maya:
“teringat arwah suami.. 14 tahun menanti.. akhirnya dia tak dapat tengok baby.. dia pergi 22 hari sebelum saya bersalin”
“betul2 excited sampai terus cari klinik nak double confirm depan mata sendiri”
“Alhamdulillah tahniah.. doakan rezeki saya dan suami juga”
“dengan aku sekali sebak..”
Video yang tular di laman TikTok: