Semakin hari, semakin teruk kualiti sesebuah konten bahkah manusia sanggup bertindak melakukan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata demi ‘content’ mengarut.
Sebelum ini pun ramai ‘youtuber’ yang dikecam kerana memuat naik ‘content sampah’ yang jelas ingin mengaut viewers dan mengundang kecaman netizen.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu yang tidak dikenali mencampakkan duit di tempat awam mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan dia sedang berada di tingkat atas pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur membuang wang itu begitu dan tidak diketahui mengapa dia berbuat demikian.
“Bukan macam tu cara nak bersedekah, rezeki bukan untuk dicampak-campak.
‘
Meninjau di ruangan komen, warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut namun rata-rata daripada mereka menganggap perkara tersebut sangat tidak sopan kerana walaupun mungkin niatnya untuk bersedekah secara rawak.
Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan terdapat pelbagai lagi cara yang boleh dilakukan untuk berkongsi rezeki sesama manusia.
Bagaimana pun, sehingga ke hari ini individu melemparkan duit itu masih lagi ‘misteri’ dan tidak diketahui.
Antara komen warga maya:
“Demi sebuah content, apa pun boleh ekk… niat nak sedekah tu bagus cuma cara begini adalah salah…”
“Nak sedekah, sedekah elok-elok.. ”
“Sedekah bukan macam tu cara.. orang yang kutip rasa hina sangat..”
“Niat tak menghalalkan cara.. sebaiknya gunakan cara yang lebih beradab.. tak kaya tak apa, asalkan beradab.. nak sedekah atau share rezeki dengan orang pun ada adab dia..”
“Hang ingat dengan bailing duit macam tu hang dah hebat sangat?”
“Amende… banyak lagi cara nak kongsi rezeki tu..”
“Dia nampak macam nak merendahkan orang je… bukan budaya kita campak duit macam tu..”
Video yang tular di laman TikTok: