Connect with us

Viral

“Dia buat lawak Sepahtu,” Bayi ‘Melalak’ Tarik Rambut Sendiri Buat Ramai Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Malah tidak dinafikan gelagat bayi yang berumur bawah setahun sememangnya menghiburkan hati kita.

Walaupun masih kecil dan tidak mampu berkata-kata lagi, namun terkadang telatahnya nyata membuatkan ibu dan ayahnya terhibur.

Senang kata, hilang penat seharian bekerja jika melihat gelagat anaknya bahkan terasa sunyi rumah jika anak tidur.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bayi sengaja mencari pasal dengan diri sendiri telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eya.syahira, kelihatan bayi lelaki itu sedang baring di atas floor mat sambil ditemani oleh ibunya.

Namun apa yang membuatkan ibunya berdekah apabila si comel itu tiba-tiba menangis seolah-olah ada ‘sesuatu’ yang mengganggu ketenteramannya.

Siapa sangka, rupa-rupanya tanpa disedari dirinya sendiri yang sengaja menyakitkan diri sendiri dengan menggenggam dan menarik rambutnya.

Walaupun ibunya cuba untuk meleraikan genggaman itu, tetapi dia tetap tidak mahu melepaskan tangan dan masih melalak.

“Buat lawak apa ni dik? Dia buat lawak Sepahtu,” kata ibunya.

Video yang tular di laman TikTok:

@eya.syahira Dia buat lawak sepahtu 🤦🏻‍♀️ #yusufammar #fyp ♬ bunyi asal – SWEET_LALA

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih tontonan 1.3M tontonan 157.8K tanda suka, 4740 komen dan 7457 perkongsian di appikasi TikTok.

Meninjau di ruagan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur dengan gelagat mencuit hati bayi ini yang menangis dek kerana diri sendiri yang mencari pasal.

“Ni ke orang panggil play victim? Hahaha comel, boleh jadi geng Jep” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah ada juga para netizen yang terdiri dari kalangan ibu berkongsi pengalaman lucu yang dilakukan bayi mereka.

Berikut merupakan komen warga maya:

“panjang lagi perjalnan kau.. kenapa awal sangat kau ada masalah hidup”

“kadang2 kita perlu menangis walaupun diri sendiri yang buat”

“kecik kecik dah kelakor”


“kecik2 dah play victim”

“sendiri cari pasal”

“ini lah dia sebenarnya sepahtu yang hilang”

“biasa kalau kecik2 dah kelakar macam ni, besar esok mesti masuk Gegarvaganza”

“dia yang tarik dia yang nangis”

“anak saya dulu macam ni.. tarik rambut sendiri..”

“dik kalau ada masalah share ngn aku dikk”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.