Kes scam ‘dilanggar’ ini sememangnya terkenal di luar negara seperti China dan mereka akan menyalahkan pengguna jalan raya untuk mendapatkan duit.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki warganegara Myanmar dipercayai sengaja mencederakan dirinya dalam satu kemalangan jalan raya di sekitar Klang mencuri perhatian ramai.
Dalam video yang tular di laman Twitter @My_CrimeWatch, dapat kita lihat seorang lelaki yang berada di tengah jalan secara tiba-tiba berlari meluru ke arah keretanya dan melompat ke arah cermin hadapan sehingga pecah cermin kereta.
Menurut laporan sumber, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan 7 April lalu.
“Selepas kemalangan itu berlaku, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki yang melanggar keretanya itu bahawa kenderaannya terdapat rakaman kamera papan pemuka dan pejalan kaki tersebut terus beredar dari lokasi kemalangan, dan hanya mengalami kecederaan kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bertindak atas maklumat, Vijaya Rao berkata, pihak polis telah menahan lelaki berumur 25 tahun itu di Jalan Shahpadu Rantau Panjang, Klang pagi tadi dan kini direman untuk siasatan lanjut.
“Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya.
Video yang tular di laman Twitter:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 112.5K tontonan, 2974 ulang kicau dan 2604 tanda suka di platform Twitter.
Meninjau pandangan netizen , rata-rata warga twitter berang dengan sikap waga asing yang datang ke negara untuk membuat kekacauan dan mengundang bahaya orang lain.
Dalam masa yang sama, ada juga warga net yang berkongsi pengalaman yang sama dimana ada individu yang tidak dikenali sengaja mencederakan diri sendiri.
Antara reaksi warga maya: