Connect with us

Semasa

Budak 9 Tahun Jual Tisu Di Jalanan Sara Ibu Buta & Kakak

Perjalanan hidup seseorang tidak akan sama dengan yang lain dan tidak semua dilahirkan dengan keaadaan yang serba serbi mewah.

Musim persekolahan sudah menjangkau 3 minggu. Dalam pada ramai daripada anak kecil memakai pakaian sekolah yang baharu untuk pergi menimba ilmu dengan azam yang baru.

Tanpa kita sedar, ada segelintir keluarga yang tidak berkemampuan untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Hal ini disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga ini sehinggakan anak kecil ini terpaksa membanting tulang empat keratnya untuk mencari duit demi menyara keluarganya.

Cikgu Mohd Fadli Salleh yang merupakan guru yang banyak terlibat dengan melakukan sumbangan dan bantuan kepada pelajar pelajar sekolah yang tidak berkemampuan telah memuat naik satu perkongsian di Facebook miliknya.

Pada kali ini, beliau telah memberikan bantuan kepada budak 9 tahun yang tidak bersekolah demi mencari duit untuk menyara keluarganya dengan hanya menjual tisu.

Lebih menyedihkan, ibunya tidak dapat bekerja kerana dia merupakan seorang insan kelainan upaya (OKU) dan tidak dapat melihat.

Oleh yang demikian dia mengambil upah sebagai tukang urut dengan pendapatannya tak menentu.

Oleh itu, untuk belanja harian , kanak kanak perempuan berusia 9 tahun ini terpaksa menjual tisu di kaki lima dan keuntungan daripada jualannya diserahkan kepada ibu dan kakaknya.

Menurut facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh, Mereka menerima Bantuan dari JKM dan Baitulmal pada sebelum ini namun pada tahun ini masih dalam proses.

“Seorang anak perempuan kecil, dilihat menjual tisu dijalanan. Sudah acapkali orang lapor pada aku.

“Setiap kali aku cuba buru, tidak berjumpa. Maka aku cari alamat rumah mereka, dan terus pergi ziarah petang tadi.”

Cikgu Fadli berkata bahawa dia tidak akan membiarkan anak kecil berusia 9 tahun itu menjual tisu lagi dan akan menggantikan pendapatannya setiap bulan asalkan dia dapat bersekolah semula. Cikgu Fadli juga telah mengemukakan beberapa cara penyelesaian untuk membantu membawa semula kanak kanak tersebut ke sekolah.


Menurutnya, Cikgu Fadli juga risau jika kanak kanak itu akan terjerumus ke lembah maksiat.

Demi kebaikkan mereka, Cikgu Fadli juga memberitahu bahawa beliau akan memastikan keluarga tersebut dibantu dan memperolehi perkembangan yang positif terutamanya berkaitan persekolahan anak anak kerana ianya merupakan perkara yang amat penting.

“Keluarga ini akan terus aku santuni dari masa ke semasa dan melihat perkembangan mereka. Aku cuba ubah kerosakan yang telah berlaku sebaik mungkin.

“Yang lalu, yang telah lepas biarkan berlalu sahaja. Usah diungkit, usah diingat, usah ditakwil lagi.

“Masa depan mereka ini perlu kita pastikan biar ada cahaya perubahan. Next visit mungkin aku nak ajak Syed Azmi turut serta, InsyaAllah.

“Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.”

Dalam pada itu, warga netizen juga tidak terlepas untuk menzahirkan rasa kasihan dan berterima kasih kepada Cikgu Fadli kerana sudi membantu mereka yang kekurangan di ruangan komen.

Inisiatif yang dilakukan oleh Cikgu Fadli serta NGO yang digerakkan demi membantu mereka yang tidak dapat ke sekolah atas masalah kewangan mendapat pujian netizen .

Semoga apa yang dilakukan oleh Cikgu Fadli ini akan memberikan inspirasi buat kita semua untuk sama-sama membantu mereka yang di dalam kesusahan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.