Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah masuk ke sekolah rendah, memberi duit belanja merupakan satu kewajiban.
Duit belanja diberi kepada anak-anak khasnya untuk membeli makanan mahupun sedikit alat tulis.
Pun begitu, masih ada murid sekolah yang meminta duit belanja lebih meskipun sudah disiapkan bekal. Mengapa agaknya ya?
Beberapa hari lalu, tindakan seorang murid sekolah telah memeranjatkan bapanya apabila dia enggan menerima duit belanja RM2 daripada bapanya.
Bukan itu sahaja, murid lelaki itu turut merayu agar diberikan duit lebih kepadanya sebanyak RM5 sedangkan sudah disiapkan bekal!
Video yang tular di TikTok itu telah menimbulkan kecurigaan di kalangan netizen. Ada yang berfikir mungkin murid tersebut ditagih duit oleh pembuli di sekolah.
Dakwaan tersebut dibuat kerana murid itu dilihat seperti dalam ketakutan sebelum mencampakkan dua keping not RM1 ke atas katil.
Murid itu kemudiannya bersembunyi di balik sofa yang berada di ruang tamu seolah-olah merajuk kerana hasratnya tidak dipenuhi.
Bagaimanapun, bapa kepada murid ini, Munshi Ghani enggan memberi anaknya RM5 seperti yang diminta memandangkan anaknya itu telah pun diberikan bekal makanan.
Malah, Munshi berasa RM5 yang diminta itu terlalu banyak untuk anaknya yang baru darjah 1.
“Aku dulu RM0.50 je. Tu pun untuk sekolah pagi petang.” tulisnya di TikTok.
Dalam pada berasa hairan, Munshi ini turut mempersoalkan adakah normal bagi tahun 2022 jika anak darjah 1 membawa duit yang banyak ke sekolah.
Menerusi video perkongsian yang lain, Munshi memujuk anaknya untuk membawa hanya RM2 ke sekolah.
Bagi Munshi, anaknya itu perlu dididik berjimat-cermat sejak kecil. Selain itu, dia juga tidak terlalu menturuti permintaan anaknya dan memberikan sesuatu yang diminta senang-senang sahaja.
“Kena ajar dia jimat tak boleh nak mintak dapat” kata Munshi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat masing-masing. Menurut sesetengah netizen, RM2 tidak cukup untuk belanja harian di sekolah memandangkan harga makanan sudah meningkat.
Namun kebanyakannya merisaukan anak Munshi yang berkemungkinan dibuli di sekolah. Malah dia diminta untuk menyiasat perkara sebenar.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“risau pulak bang,siasat la betul2 risau ada budak minta duit buli dia ke , kadang budak sekarang bukan boleh percaya kaki buli berlambak”
“bhaya tu tkut ad org pau dia”
“takut kena buli je ni”
“Tu silap Kita suka bezakan Saman Kita dgn Saman sekarang… rm5 sekarang memang cukup2 mkn disekolah.. tp DH ada bekal BG lah lebih sikit JD rm3”
Video yang tular di laman TikTok