Kanak-kanak zaman sekarang kebanyakannya sudah awal lagi terdedah dengan telefon bimbit.
Seawal usia 3 hingga 6, mereka tahun sudah pandai melayari laman web Youtube untuk menonton video kesukaan mereka contohnya, kartun, animasi, permainan bahkan kini pembelajaran atas talian juga menjadikan satu alasan untuk mereka ‘berkepit’ dengan telefon.
Senang cerita, mereka ni memang tak boleh berpisah dengan gadget. Sebab itu lah ada yang mengamuk jika telefon dirampas oleh ibu bapa mereka.
Tidak dinafikan ada baik, dan ada buruknya jika anak terlalu kerap menggunakan gadget sama seperti perkongsian yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terkejut apabila memeriksa sendiri telefon bimbit seorang pelajar darjah dua mencuri perhatian ramai.
Memetik laporan mStar, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Suziana Basa turut berkongsi perbualan di antara dua pelajar yang kelihatan seperti ayat-ayat pasangan bercinta sekaligus membuka mata ibu bapa di luar sana untuk memeriksa telefon bimbit anak-anak mereka.
“Kejadian hari ini terus membuka mata untuk check handphone anak sendiri, seram pula tengok budak darjah dua sekarang.”
“Ni antara budak yang sunyi masa PdPR (Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) tapi rancak pula di group WhatsApp Single & Taken,” tulisnya.
Bagaiman apun, Suziana menegaskan ianya bukanlah h bertujuan untuk memalukan kanak-kanak terbabit, sebaliknya dia mengakui bahawa hatinya hancur dan sedih mengenangkan nasib anak-anak zaman sekarang.
“Saya tidak salahkan sesiapa melainkan kita sendiri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini.”
“Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak adalah bagi memudahkan proses PdPR tapi kita lupa atau lalai untuk memantau, kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone, apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Putus asa? Ya, kebanyakannya,” katanya.
“Sejujurnya, memberi anak menggunakan gajet memang akan memudahkan kerja, anak tak ganggu kita, rumah tidak bersepah, tak penat membebel dan kerja jaga anak lebih senang”
“Saya sendiri setuju, (tapi) di sini bermula segalanya, kita kurang masa dengan anak-anak dan kurang membeli jiwa anak-anak,” katanya.
Dia juga bersyukur apabila perbuatan murid-murid terbabit terbongkar lebih awal.
“Mungkin Tuhan ingin anak ini dibantu di peringkat awal bukannya semasa dah masuk tingkatan dua (baru terbongkar).”
“Mungkin tidak ada orang yang memberitahu dia perbuatan itu sebenarnya salah, syukurlah cikgu tahu lebih awal.”
“Mungkin tidak dapat bantu banyak tapi siapa tahu masih ada kesempatan untuk anak ini berubah, setiap orang berhak mendapat peluang kedua, ketiga atau keempat sekalipun, bergantung kepada situasi,” katanya
Perkongsian yang tular:
“Bagi mereka yang belum berkahwin atau belum ada anak, mungkin perkara ini dianggap kelakar, tapi hakikatnya, inilah perkara yang menakutkan kami yang bergelar ibu bapa,” tulisnya.
Semoga anak-anak bahkan keturunan kita semua dilindungi dan dihindari daripada perbuatan dan perkara yang dapat mendatangkan keburukkan pada masa akan datang.