Connect with us

Global

Budak Kemboja Fasih 16 Bahasa, Kini Jadi Selebriti

Thuch Salik, budak Kemboja yang menjadi popular di Internet selepas satu video viral menunjukkan dia boleh bercakap sekurang-kurangnya 12 bahasa, telah dijemput untuk lawatan tiga hari di Beijing.

K01 News, Stesen televisyen Kemboja melaporkan syarikat itu akan membayar kos membawa Salik dan keluarganya ke Beijing dan akan menemubualnya secara langsung.

Selain itu, Palang Merah Kemboja pula akan menaja pelajaran adik-beradik budak berkenaan, yang dikenali dengan nama Thaksin atau Thuch Salik.

Budak lelaki yang usianya tidak diketahui itu yang menjual pelbagai cenderamata dirakam bercakap dalam 12 bahasa asing dan memberitahu dia belajar daripada pelancong yang ditemuinya.

https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/621431194921614/

Dia boleh bercakap dalam bahasa Korea, Perancis, Sepanyol, Melayu dan Filipina. Video asal budak itu ditonton lebih satu juta kali dan dikongsi oleh banyak portal berita di China.

Satu laman di Weibo bertajuk ‘Budak lelaki Kemboja mahu belajar di universiti di Beijing’ dikunjungi lebih tujuh juta pengguna media sosial di China itu.

Foto: Channel News Asia

Menurut Salik, dia belajar pelbagai bahasa daripada pelancong yang ditemuinya. Video asal budak itu ditonton lebih satu juta kali dan dikongsi oleh banyak portal berita di China.

Dengan situasi kewangan keluarganya yang semakin baik dan stabil, Salik komited untuk belajar dan meningkatkan kemahiran bahasanya.

“Saya tidak membenarkan Salik berjualan lagi. Jika dia ada kelapangan, dia boleh membantu saya. Tetapi keutamaan untuk dia kini adalah pelajaran kerana saya mahu dia mendapat pendidikan,” kata ibunya, Mann Vanna.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Channel News Asia[/su_note]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.